“Aku buat kuih siang malam sebab nak bayar segala hutang, suami boleh sibuk curang dengan 3 perempuan lain…”

Oleh KIM SYAZIE

Naluri seorang isteri yang melihat suaminya bersusah payah demi keluarga pasti akan membuat mereka untuk ingin membantu dalam meringankan beban pasangan.

Tapi bila isteri sudah mula sibuk bekerja demi keluarga, si suami jadikan itu alasan untuk cari pasangan lain konon sebab sunyi.

Seorang wanita meluahkan rasa hatinya di Facebook selepas suaminya kantoi curang bukan hanya dengan seorang tapi tiga wanita dibelakangnya.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

“Saya ibu dua anak yang bergelut buat kuih siang malam semata-mata untuk bantu ekonomi rumah tangga.

Ini kerana suami dah tak ada gaji akibat pelbagai potongan di pay slip(rumah/personal loan/angkasa dan lain-lain).

Saya uruskan anak-anak, saya uruskan rumah dan saya juga bergelut cari duit untuk bayar utiliti, belanja dapur, hutang kereta, hutang motor dan belanja sekolah termasuk modal suami pergi kerja(minyak/makan/rokok).

Hati jadi tak ihklas dan tak tenang akibat suami tak membantu, bantu apabila disuruh itu pun muka kelat bila buat.

Kantoi dengan saya ada perempuan lain bukan seorang tapi tiga orang. Telefon ada kata lalaun tapi Allah nak tunjuk terkantoi WhatsApp manja dengan perempuan lain.

Allah! sakitnya hati saya sebab saya tak cukup tidUR, tak cukup rehat untuk buat kuih hampir 500-600 biji sehari.

Sebelum ni saya betul-betul nak bantu dia untuk sama susah senang dalam rumah tangga kami.
Tapi sekarang hati dan perasaan dah kosong, saya jadi stress bila teringat apa yang dia buat belakang saya.

Dia tak bagi nafkah, tak bagi nafkah anak-anak, tak membantu kerja rumah, curang, bersikap kasar apabila bercakap dan pernah cekik saya di leher sehingga sakit dan pedih akibat cengkaman tangan dia.

Saya buat kuih sesen pun tak dapat simpan, semua cukup-cukup sahja untuk belanja. Kalau simpan, lepas tu mesti kena guna jugak sebab keperluan anak-anak sekolah bagai.

Barang kemas saya hampir 100gram di arrahnu tak dapat nak tebus balik, saya dah hilang respect hilang sayang kat suami, pernah minta cerai tapi dia tak nak lepaskan.

Mohon doakan saya kuat demi anak-anak sebab saya akan tuntut fasakh dalam masa terdekat
bukti curang, bukti doktor akibat dickik dileher dan bukti nafkah tak bagi saya dah siapkan untuk dibawa ke pejabat agama.

Demi allah masih sayang tapi hati dah tak boleh hormat dan terlalu kecewa”.

Baca juga: “Bakal mentua siap tuduh kakak menjalang, tak sangka ini rupanya tunang dia buat”