“Aku dah bebas dari neraka suami, sekarang dah jatuh talak yang tak boleh dirujuk semula”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja yang berkahwin mengimpikan untuk bercerai dengan pasangan yang kita sudah kenali hati budinya.

Namun kalau sudah bukan namanya jodoh maka berpisah juga walaupun berpuluh tahun berkahwin dan beranak-pinak sekalipun.

Buat wanita ini, dia bersyukur dilepaskan suami selepas mengambil kira kesihatan mental dek kerana kata-kata suami.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Alhamdulillah aku dah lepas bebas dari neraka suami aku, sekarang bekas suami. Aku telah diceraikan dengan talak yang tak boleh dirujuk semula.

Kalau pun aku diceraikan dengan talak yang boleh dirujuk semula aku memang tak nak. 

Aku reda dengan segala ketentuan yang telah Allah takdirkan untuk aku, walaupun aku tak mahu juga cerai berai ni tapi demi kesihatan mental aku.

Aku reda sebab seumur hidup nak bertahan dengan orang yang bukan sayang sangat kat aku tu terlalu sakit ye. 

Selepas bercerai aku terima semua dengan sabar dengan segala cerita yang buruk tentang aku dari keluarga sebelah sana.

Kononnya aku lah yang bersalah, aku degil dan yang paling tak boleh hidup susah senang dengan suami.

Walaupun mereka tahu perangai sebenar bekas suami aku, tapi aku ambil tindakan mendiamkan diri. Biar lah Allah saja yang akan menunjukan kebenaran. 

Memang aku rasa sakit yang teramat dalam hati bila dituduh macam-macam terutama sebab aku tak boleh mengandung, sampai aku rasa down sangat.

Tapi aku ada Allah yang maha mengetahui segalanya, aku ada keluarga yang sentiasa beri sokongan dekat aku.

Bekas suami aku pun bukan main kuat lagi play victim dia supaya dia tak nampak salah. Memang penceraian tu berlaku separuh aku yang minta tapi aku minta pun ada sebab.

Aku dah tanya peguam syarie betul ke tindakan aku tu dan peguam tu cakap memang aku boleh menang dan tak salah minta cerai.. 

Alhamdulillah sekarang aku rasa lebih tenang lepas bebas dari neraka bekas suami walaupun aku kena bayar hutang-hutang dia yang buat loan guna nama aku.

Tak apa lah itu kesalahan aku yang buat, konon sayangkan suami. Padahal orang hanya pergunakan aku.

Pada wanita-wanita semua yang dah lewat usia tapi belum jumpa jodoh lagi jangan risau tak kahwin.

Hidup bujang pun bahagia, kalau kahwin pun jadi macam aku lagi derita. Kahwin dengan siapa pun kenali mereka terlebih dahulu.

Siasat latar belakang keluarga, hutang-hutang dia dan paling penting jaga agama.

Kalau sebelum kahwin pun dah mula nak pinjam duit, baik cari orang lain, lepas kahwin nanti merana kena tanggung dia.

Baca juga: