Perkahwinan seharusnya antara dua individu yang saling memahami, bukan sebelum nikah layan baik tapi lepas halal terus diabaikan.
Dalam ekonomi sekarang, kebanyakan pasangan terpaksa bekerja keduanya namun ada juga yang mengambil kesempatan atas kewangan suami atau isteri.
Seorang wanita mengakui lelah dengan sikap suami yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami hingga dia terpaksa bekerja untuk menanggung perbelanjaan harian.
Di bawah adalah kisah yang dimuat naik dari Facebook Kisah Rumah Tangga.
Aku seorang isteri dan ibu kepada tiga orang anak. Sulung aku sekolah asrama penuh, kedua sekolah harian manakala bingsu baru berusia empat tahun.
Suami aku dulu kerja kerajaan tapi berhenti sebab selalu sakit dan sejak itulah kehidupan aku dan keluarga sentiasa berpindah randah.
Aku faham, selama mana sahaja keluarga nak tolong bantu, mereka pun ada kesusahan sendiri dan suami aku bukanlah cacat serta sihat walafiat.
Bila pindah maka terpaksa asyik bertukar sekolah, barang rumah semua habis. Semua dalam rumah tu aku yang beli sebelum kahwin.
Dia tak pernah belikan aku apa-apa melainkan mas kahwin dan rantai tangan yang digadai bertahun lamanya.
Malu jangan kata tambah bila tuan rumah datang minta sewa, suami pula jenis acah orang kaya walaupun tak berduit.
Pernah suami buat-buat rajin konon menanam di rumah, mulut jiran ni tak berhenti mengata sebab dia tak kerja,
Disebabkan dia tak kerja, maka aku ambil upah jaga budak, dapatlah RM1k sebulan, tapi sekejap je habis dengan barang dapur, minyak kereta.
Sampailah aku pindah kawasan kampung, murah sikit bayar sewa tapi suami tetap tak nak kerja, bila aku carikan sekejap sahaja dia kerja kemudian berhenti.
Aku pula mula kerja lain dengan gaji RM1.5k, habis segala barang aku jual untuk kelangsungan hidup, katil, peti ais, televisyen.
Ada masa dia tolong kerja rumah itu pun sebab aku bising, tak kerja tapi nak bermalasan, aku ni penat kerja dia boleh pula mengamuk.
Kemudian aku ditawarkan pula kerja jaga orang sakit dengan gaji RM5k tapi terpkasa duduk jauh dari keluarga sebab kena berada di situ 24jam.
Setiap bulan dia siapkan ingatkan aku untuk bayar segala bil, ambil duit aku untuk belanja mak dia barang dapur, tak sampai tengah bulan habis gaji aku.
Bila aku ungkit, dia maki sedangkan segala bil, belanja anak, servis kereta semua aku tanggung, adakah cerai jalan terbaik.
Baca juga: “Suami hari-hari cakap pasal berkat tapi nafkah tak bayar, belanja rumah aku tanggung semua”