“Aku dengan kakak berhempas pulas cari duit, mak sibuk manjakan anak lelaki dia, tak sanggup aku nak tanggung…”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada kes ibu atau bapa yang memilih kasih lebih-lebih lagi buat anak lelaki yang konon akan menjadi penjaga di kala tua.

Namun jika dari kecil sudah dimanjakan, bila sudah besar hanya tahu pijak kepala dan meminta dengan harapan semua dipinta dapat tanpa sebarang usaha.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap ibu yang terlalu sibuk melayan kerenah anak lelaki hingga semua benda dibayar walaupun dua-dua sudah dewasa.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya ada empat adik-beradik. Anak sulung lelaki dan anak bongsu lelaki. Sejak kecil, saya hidup berdikari, masuk asrama. Begitu juga kakak saya.

Abang saya dari kecil sampai dah dekat 40 tahun berharap mak ayah. Bila belajar beberapa kali tukar course, bila bekerja beberapa tukar kerja. Bila kami nasihat cari kerja, kata tak nak nak buat grab.

Buat grab pun kereta mak ayah belikan. Tapi hampa sebab sebab zohor baru bangun tidur. Sekarang kerja business share dengan member, ada naik turun.

Bila kata nak kahwin, mak ayah bagi sebab kata akan berubah lepas kahwin. Dijodohkan kahwin dengan anak orang kaya, kakak ipar pula gaji tetap di bank rakyat.

Jadi abang yang ada kat rumah selalu, buat kerja rumah.

Bila ada bisnes baru nak venture. Dia salahkan adik perempuan tak nak bantu dia. Ayat dia, “aku jadi macam ini sebab adik perempuan semua tak nak tolong”.

Semua salah ibu, arwah ayah dan adik-adik lain. Tak pernah salah dia. Masa muda tak nak cari kerja, tidur je kat rumah.

Adik bongsu kena tangkap basah

Nak dijadikan cerita, adik lelaki bongsu dimanjakan. Dia belajar di universiti swasta, beberapa kali tertangkap tidur satu rumah dengan perempuan. Perempuan itu banyak menipu.

Ketika arwah ayah masih ada, adik menipu arwah ayah bahawa salah satu roomate dia anak orang susah. Lambat bayar duit sewa. Ayah tolong bayar.

Bila kami serbu, rupanya perempuan itu rakan sebilik dia. Bila belum habis belajar lagi, nak kahwin. Mak bagi dia kahwin tanggung hal-hal dia dulu.

Kahwin dengan perempuan itu. Dengan harapan dia akan berubah. Tapi perangai sama. Sekarang tukar kerja dua tiga kali. Bila start kerja kata stress, nak bercuti. Ibu bayarkan duit percutian semua.

Duit anak pun harap ibu bagi

Sekarang nak tukar kerja lain, dah ada anak. Tapi ibu bayarkan sewa rumah, wang bulanan, pampers susu anak.

Tapi boleh pula bulan puasa dan anniversary makan buffet di hotel bertaraf lima bintang di ibu kota.

Ibu asyik sebut adik susah, kakak-kakak kene tolong. Adik tak susah tapi nak hidup mewah. Minta duit ibu untuk belikan headphone harga RM300.

Siap minta duit ibu untuk hantar anak ke tadika elit padahal sedar diri tu bukan mampu mana.

Adik enggan tinggal di rumah ibu, tapi nak menyewa di Cyberjaya RM1500 satu bulan. Semua ibu bayar. Adik tak susah tapi nak hidup mewah.

Tak sanggup tanggung biawak hidup

Ibu sekarang mengatakan anak perempuan patut tanggung adik. Adik dan isteri dua-dua bekerja. Tapi adik ni bekerja satu ke tiga bulan nak berhenti sebab gaji tak setimpal kerja.

Nak gaji tinggi. Tak logik fresh grad nak gaji tinggi. Ya memang saya dan kakak berpelajaran tinggi sampai master dan gaji tinggi atas RM10k.

Tapi kami semua ada anak, tanggungjawab rumah dan kereta. Kami selalu dipersalahkan oleh mak dan abang.

Sejak arwah ayah meninggal, kami yang memang rapat dengan arwah ayah.

Kami jadi kekok dengan ibu. Untuk pengetahuan, saya dibesarkan oleh orang gaji. Ibu balik kerja tak pernah main dengan saya.

Ibu selalu sibuk. Ajar solat, baca al-Quran semua saya belajar sendiri. Saya terkilan dengan ibu saya.

Dari kecil memang dia sibuk menangkan anak lelaki. Tapi satu anak lelaki pun tak boleh harap.

Anak perempuan juga datang hujung minggu bersihkan rumah ibu, belikan makanan, bawa ibu ke bank, ke mana-mana ibu nak pergi.

Anak lelaki tak habis-habis minta wang dari ibu. Saya terkilan dengan ibu sendiri.

Tapi saya dan kakak berjanji untuk jaga ibu sahaja. Kami tak sanggup melayan abang adik yang dianggap sebagai anak manja dan merasa diri layak untuk dapat semua.

Kenapa ibu tetap berpihak kepada mereka. Saya dan kakak tetap hati keras. Kami cakap kepada ibu tanggungjawab hanya kepada ibu bukan adik-beradik pemalas dan boros.

Baca juga: Pramugari akui kawan pernah dirasuk, dakwa jemaah Haji suka tinggal ‘barang’ dalam pesawat