“Aku ingat aku ni bijak, sekali isteri aku bentang semua episod curang, siap ‘call’ makwe aku lagi suruh kahwin”

Oleh MAISARAH AISYA

Selalunya bila melibatkan kes curang, mereka yang terlibat pastinya menganggap ia adalah perkara biasa.

Meskipun sudah ada pasangan halal, tidak pernah mengongkong dan sempurna, kalau nak curang, mereka akan mencari 1001 alasan untuk mengiyakan perbuatan mereka.

Seorang lelaki mengakui menyesal curang selepas kantoi dengan isterinya sendiri dan wanita tersebut memilih untuk berjumpa dengan teman wanitanya.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku adalah suami dan bapa kepada tiga cahaya mata. Baru-baru ni kantoi aku curang. Isteri aku dapat tahu aktiviti curang aku dengan seorang wanita muda berumur 21 tahun.

Menggelupur teruk aku sebabkan kantoi. Kali ni aku tak dapat nak elak-elak sebab isteri aku dah lama kumpul bukti.

Aku dah masuk umur 41 tahun dan isteri aku baru 36 tahun. Isteri aku ni kalau nak ikutkan seorang yang pendiam dan tak banyak karenah.

Tapi ini kali perangai dia dah berubah 360 darjah, lebih kepada menyinga. Pantang salah sikit. Aku tak nafikan semua ni berlaku disebabkan salah aku.

Ya memang salah aku. Sebab isteri aku tak ada salah apa pun cuma aku ni mudah tertarik dengan wanita-wanita manis diluar sana.

Isteri akujenis yang tak mengongkong kehidupan aku. Dia jarang tanya aku kenapa lambat balik. Aku keluar dengan siapa.

Masa pkp pun kan ada kerja dari rumah tu, aku keluar jumpa teman wanita aku pun dia tak tanya.

Satu hari tu, isteri bentangkan kronologi episod ke 7 ni secara terperinci. Ternganga aku sebab dah tertangkap lama sebenarnya cuma dia nak tengok permainan aku boleh pergi jauh mana.

Masa tu memang aku takut yang amat!! Sebab tak pernah aku tengok isteri aku senekad begitu. Berani betul dengan bukti semua dia tebarkan dekat aku.

Dia siap hubungi teman wanita aku, suruh kami nikah sebab dia kata dah penat nak melayan aku. Aku rasa kaki macam tak jejak tanah masa dia cakap macam tu.

Rasa macam apa teruk sangat nau aku ni di mata isteri aku. Part yang paling sedih bila dia kata dia dah penat fizikal dan emosi sensorang melayari kehidupan berumah tangga.

Dia dah letih, bagilah dia rehat puas-puas! Aku tersentak masa tu. Teman wanita aku macam goyang bila isteri aku suruh nikah dengan aku.

Tak cukup tu isteri aku cerita segalanya apa yang teman wanita kena buat lepas kahwin, segala komitmen dan hitang aku.

Dia siap cakap lagi lepasni kalau nak keluar pergi makan ke apa, guna motosikal, jangan naik kereta milik dia lagi.

Sekali teman wanita aku cakap dia tak ada niat pun nak kahwin, sekadar nak geli-geli sahaja, siap kata dekat isteri suruh ambil aku balik sebab dia tak nak.

Masa tu aku rasa diri aku ni dah macam bola, tendang sana sini! Isteri aku cakap dia boleh maafkan tapi bersyarat dan dia tak janji yang dia tak akan ungkit benda ni sebab hati dan perasaan dia cedera teruk.

Dia minta aku bagi dia ruang bertenang dan masa. Itu pun dia cakap kalau aku sayang lagi dekat dialah.

Isteri cakap macam orang tak ada perasaan kalau dah tak sayang kat dia, dia suruh aku pi pejabat agama isi borang. Dia cakap dia malas nak layan drama aku lagi.

Dia cakap awal-awal kat aku, dia tak boleh tahan perasaan dia, sebab dah terlalu lama dia pendam dan dia akan luahkan perasaan dia bila dia teringat kelakuan buruk aku dan sekarang giliran aku makan diri.

Masa mula-mula kejadian isteri aku tak lalu makan dan tak tido malam. Nangis bengkak-bengkak mata.

Aku tengok dia isi masa ubat luka di hati dengan solat sunat, mengaji, baca buku, dengan aku dia malas nak bercakap sangat.

Baca juga: “Suami gunakan hak dia untuk kahwin 2, jadi aku hantar dia dekat madu, tuntut fasakh lepas dia kemalangan”