Setiap pasangan yang ingin berkahwin perlu jujur antara satu sama lain sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Apatah lagi di zaman sekarang ini terlalu ramai yang meminati kaum sejenis, tapi berkahwin untuk tutup mulut orang.
Seorang lelaki akui terkejut apabila terjumpa mesej isteri bersama pasangan lain di WhatsApp web.
Menerusi perkongsian di X, lelaki tersebut memaklumkan mengenai isterinya yang kantoi mempunyai hubungan dengan kaum sejenis.
Jelasnya dia dan isteri berkahwin pada Januari 2023 setelah setahun berkenalan dan mereka juga bekerja di syarikat sama cuma berbeza jabatan.
“Isteri aku ni ada seorang kawan baik perempuan dan aku tak kisah dia cakap diorang dah lama berkawan.
“Tapi minggu lepas, aku pakai laptop isteri aku. Sebab laptop aku tertinggal dekat kampung. Isteri aku lupa nak logout WhatsApp web dia.
Dan aku ada perasan satu pinned chat dekat atas yang save as ‘Love’,” ujarnya.
Pada mulanya dia bersangka baik bahawa chat dengan nama tersebut adalah miliknya rupanya ia adalah ‘kawan baik’ isterinya.
“Bila buka chat rupanya dia chat dengan orang lain. Aku scroll sampai atas. Remuk hati aku, bersayang-sayang.
“Macam-macam gambar, video diorang dalam tu. Aku tak sangka rupanya isteri aku minat dekat perempuan dan kawan baik dia tu rupanya ‘girlfriend’ dia,” tambahnya.
Tak pernah tidur bersama
Malah dia dan isteri tidak pernah melakukan hubungan seksual kerana wanita itu masih belum bersedia untuk bersama.
“Aku tak tahu nak react apa masa tu. Patut lah sepanjang kami kahwin, dia asyik tolak bila nak bersama.
“Sepanjang kami kahwin, belum pernah aku sentuh dia. Antara alasan dia adalah belum ready.
“Aku sabar. Aku faham. Aku tak memaksa, aku bagi dia masa. Tepi kenapa dia buat aku macam ni. Aku rasa dipermainkan sangat-sangat,” katanya dalam hantaran di X.
Baca juga: Pemandu lori kacak mengaku guna ‘filter’ untuk nampak handsome, tak kisah orang dah tak puji