Kebanyakan mereka yang memiliki pasangan curang pastinya pernah terdetik bahawa ada anak mampu menyelesaikan isu tersebut.
Tapi kalau sudah jenis curang sepanjang waktu ni, anak berderet pun tetap juga cari orang luar untuk puaskan nafsu.
Seorang wanita pada mulanya menyangka si suami akan berubah lepas dia selamat melahirkan anak perempuan, tapi hingga kini dia masih lagi dengan perangai lama.
Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.
Aku seorang suri rumah berusia 24 tahun dan berkahwin baru setahun dengan duda berusia 36 tahun serta dikurniakan seorang anak perempuan berusia tiga bulan.
Suami aku sebelum ini kahwin dengan bekas isteri selama enam tahun tapi tak dikurniakan anak dan dia cuba untuk ambil anak angkat.
Tapi lepas kahwin dengan aku, Alhamdulillah terus lekat baby, kalau orang luar tengok memang cakap dia ni suami mithali, mak aku pun memang sayang dia sangat
Solat tak pernah tinggal, tiap minggu bacah surah Yasin sama-sama, sedekah selalu, layan keluarga aku dengan sangat baik.
Cuma aku sahaja tahu perangai sebenar dia, belakang aku main perempuan, kalau tengok telefon segala macam chat ada, siap ada gambar bercium lagi.
Faham tak betapa hancurnya hati aku. Sebenarnya, dari awal aku mengandung pun, dia dah kantoi.
Setiap kali kantoi, dia minta maaf, dia berhenti seminggu, dan dia ulang lagi. Masa kandungan aku lima atau enam bulan, aku pernah drive sesorang lari rumah.
Sebab aku dah stress dengan dia, setiap kali aku nasihat dia tak pernah berubah. Lepas aku lari rumah, dia call mak aku bagitau dia balik kerja aku tak ada rumah, call semua aku tak angkat.
Mak aku call aku pujuk suruh balik dan malam tu mak aku datang rumah nasihat aku, dia tak bagithau punca aku lari kenapa.
Mak aku nasihat seolah aku yang salah, ye lah aku lari memang salah, tapi sebab nya mak aku taktau kenapa. Aku cuma nangis ja malam tu.
Lepas aku bersalin, aku ingat dia dah berubah lepas dia tengok anak perempuan dia. Bagi aku.
Mungkin lepasni dia fikir “aku kena berubah, aku ada anak perempuan, nanti apa aku buat takut Allah balas perbuatan aku dekat anak. Tambahan pulak ni anak yang dia tunggu dari dulu, Allah bagi rezeki”.
Tapi tidak sama sekali dan dia tak berubah juga. Bila aku soal depan dia, dia dah ta kminta maaf dan mengakui salah dia. Tapi dia layan aku dengan baik lagi lepas tu.
Dia tolong aku masak nasi, basuh baju, basuh ini itu. Padahal sebelumnya aku yg buat. Dia ajak aku ke sana ke sini macam nak pujuk aku dengan perbuatan salah dia tu.
Tapi dia tak berubah pun, dia cuma tak nak aku buka mulut pasal tu lagi. Mungkin dia takut aku buka mulut dekat family aku jugak.
Sekarang bila dah lama lama dengan sikap dia ni, aku jadi dah penat. Kadang aku peduli kadang aku tak peduli.
Dia ni akan layan aku dengan baik sangat sangat, kecuali jangan aku sebut pasal salah dia, perangai dia yg suka jumpa chat perempuan, kalau aku tegur dia akan marah aku balik macam aku yg salah, macam aku yg curang.
Kadang aku fikir juga nak cerai ja kalau perangai dia tak berubah. Macam mana dengan anak aku lagi, kecil lagi bapanya dah macam tu.
Keluarga dia pernah cuba nak bawa dia berubat siap nak bawa jumpa ustaz tapi ada pula yang cakap ia tak elok.
Keluarga dia minta aku sabar tapi sampai bila? Aku sayang suami, aku puaskan apa dia nak tapi dia tetap cari yang lain.
Baca juga: Wanita kesal tak dapat tengok ayah buat kali terakhir, dihalang ibu mentua kerana masih berpantang