“Aku jaga ‘body’ walaupun anak dah 4, suami tetap curang, alasan dia buat aku naik darah…”

Oleh MAISARAH AISYA

Sebaik mana penampilan dijaga, duit diberi, pasti mereka yang ingin curang akan memberi pelbagai alasan untuk mengukuhkan perbuatan terkutuk mereka.

Seharusnya pasangan perlu lebih memahami, jika ada masalah berbincanglah dan bukan diam serta menyakitkan suami atau isteri dengan curang.

Seorang wanita cuba sebaiknya untuk menjadi sempurna tetapi suaminya tetap curang, alasan diberikan juga menyakitkan hati.

Di bawah adalah luahan yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Sedikit pengenalan, aku dan suami berumur 30-an. Berkahwin di usia muda selepas habis degree dan kini 11 tahun usia perkahwinan bahagia kami bersama 4 orang anak.

Anak paling sulung 12 tahun dan bongsu kami baru berusia empat bulan.

Hidup kami hampir sempurna. Suami kerja kerajaan dan aku bekerja swasta MNC. Gajiku berbelas ribu, dua kali ganda gaji suamiku.

Kami mempunyai dua rumah, dua kereta dan seorang pembantu rumah.

Dengan gajiku yang lebih dari suami, kalian tentu faham siapa main provider dalam keluarga kan?

Walaupun aku tanggung 90 peratus pebelanjaan bulanan, duit untuk mentua pun aku bagi. Aku tak pernah minta nafkah untuk diriku sejak awal perkahwinan lagi.

Memang aku tak pernah meminta dan awal-awal lagi aku halalkan semuanya. Kalian boleh kata aku bdoh dan aku sendiri sedar diri.

Tapi aku tak kisah sebab suami baik, lembut, penyayang, ayah yang rajin melayan anak anak, tak pernah tinggi suara denganku, pendengar yang baik, menjaga solat, hormat orang tua dan keluargaku sayangkan dia. Kami sangat jarang bergaduh.

Walaupun gajiku banyak, dugaan aku selalu berkenaan dengan kerja yang sentiasa memerlukan aku untuk standby (aku kerja dari rumah) dan tidurku cukup paling lama lima jam setiap malam.

Tapi aku ok, aku suka kerja aku dan aku dah biasa kerja keras sejak aku memulakan career lagi.

Aku cuba sehabis baik bahagikan masa antara keluarga dan kerjaya. Aku masih luangkan masa untuk bercuti dengan keluarga, duduk hotel, pergi kafe dan makan, wayang, beli-belah dan lain lagi.

Kedua-dua keluarga pun tahu aku sentiasa sibuk, mereka sangatlah menyokong kerjaya aku.

Berbeza dengan suami yang rajin keluar dengan kawan-kawan lelaki sama tempat kerja untuk badminton, bola dan keluar saja saja.

Hampir setiap minggu ada saja balik rumah sampai 4 pagi.

Aku tak pernah persoalkan atau merungut sebab aku sendiri sibuk dengan kerja dan aku percaya lelaki forever is a boy yang mahukan kegembiraan dengan kawan kawan.

Lagipun kami kahwin muda, mungkin dia tak puas enjoy dengan kawan-kawan sebelum kahwin.

Baru-baru ni aku lahirkan anak keempat. Bercuti tiga bulan berpantang di rumah sendiri, aku tidur di bilik asing.

Suami masih dengan aktivitinya dan jarang sekali denganku jaga bayi yang baru lahir, lagipun baby menyusu badan.

Tapi aku ok maybe sebab ada pembantu rumah jadi semunya terurus.

Tapi, minggu lepas semasa suami bersiap untuk ketempat kerja, aku tergerak hati untuk guna phone dia snap photo anak bongsuku.

Terkejut aku tiba tiba message di Facebook Messenger penuh dengan message bersayang sayang antara dia dengan bekas rakan sekerja (perempuan tu dah berkahwin dan ada anak seorang).

Aku mengamuk habis, badan aku menggigil dan aku menangis semahu mahunya.

Of course anak-anak aku terkejut dengar sampai ke tingkat bawah suaraku yg menjerit maki dia sekuat hati. He is the last person that I thought would betray me!

Aku screenshot semua perbualan dan hantar ke phoneku. Dia ambil cuti dua hari puas menangis, pujuk, janji takkan buat lagi.

Aku tak tanya langsung sejauh mana hubungan dia dengan perempuan tu, sejak bila? Adakah ia melibatkan perasaan dan hubungan seksual?

Aku tak nak tahu, mungkin aku sendiri takut hadapi kenyataan sebab aku tahu aku tak kuat.

Yang aku tahu, aku kena kuat untuk anak anak yang masih kecil. I need to survive this marriage, have to.. for them!

Berhari hari aku susah tidur, tak lalu makan. Aku rasa semua orang tengah ketawakan aku.

Aku tengok diri dalam cermin pun aku boleh nangis sendiri. Aku fikir sedalam-dalamnya punca semua ni jadi.

Honestly aku sangat menjaga penampilan. Aku ramai peminat sejak aku di bangku sekolah, university (termasuk lecturers), even di tempat kerja pun ramai ingat aku umur 20-an.

Aku tak pernah tak bersiap bila dengan suami. Masa pantang pun aku bermake up tipis. Setiap sudut rumah aku ada berbotol-botol branded perfume yang aku sentiasa spray.

Bila aku tanya dia apa kurangnya aku dan hubungan kami, dia kata tak ada apa yang kurang. Dia mengaku dia bodoh sebab buat benda ini.

Baca juga: “Gaji bersih tu RM800 je, tu pun ada hati nak kahwin dua, rumah, kereta semua atas nama aku..”