Ada sebab mengapa penting menjaga pergaulan antara ipar duai, bimbang masa kini dosa semua tidak diendahkan lagi.
Apatah lagi bila duduk serumah, aurat tak terjaga maka mulalah hubungan di belakang pasangan yang sah.
Seorang lelaki yang baru sahaja berkahwin menceritakan semula hubungan sulit bersama adik iparnya.
“Saya seorang suami yang telah bernikah dua tahun lalu. Perkahwinan kami bahagia macam biasa.
Kami tinggal di Kuala Lumpur, saya dan isteri masing-masing bekerja. Kami masih belum di kurniakan cahaya mata. Tahun lepas bulan Ogos genap setahun kami bernikah.
Isteri memberitahu saya yang adiknya mahu menumpang di rumah kami dan mahu mencari kerja dengan alasan susah untuk mendapat kerja di kampung.
Lagipun dia baru sahaja habis Diploma dan tidak mahu menyambung pelajarannya. Saya tiada masalah dan terus izinkan adiknya untuk menumpang sebab dia itu adik isteri saya.
Masalahnya di sini, dalam bulan November tahun lepas saya telah membuat satu kesilapan yang tidak saya sengajakan.
Pada suatu pagi waktu saya cuti. Saya bangun dan pergi ke dapur untuk minum. Sampai di dapur saya pun lihat isteri sedang sibuk di sinki
Dalam hati saya terdetik. Rajinnya isteri aku pagi-pagi lagi dah basuh pinggan. saya terus pergi ke arahnya diam-diam dan saya peluk sekuatnya.
Dalam tempoh hampir 10 saat saya peluknya. saya terdengar suara halus di telinga saya memanggil abang.
Tetapi tenyata suara itu bukanlah suara isteri saya. Terkejut beruk saya, orang yang saya peluk itu adalah adik ipar saya sendiri.
Terus saya lepaskan pelukan dan meminta maaf kepadanya lalu bertanyakan kemana kakaknya pergi.
Dia katakan yang kakak pergi ke pasar membeli lauk untuk di masak dan juga juadah pagi.
Saya terus masuk ke bilik dan termenung atas kesilapan saya tadi. Kebetulan susuk tubuh adik ipar saya hampir menyerupai susuk tubuh isteri saya.
Saya capai telefon saya dan terus mesej nombor adik ipar saya dan saya memohon maaf atas kesilapan dan mohon agar dia tak beritahu kakaknya tentang perkara itu.
Dia pun membalas pendek mesej saya..’Tak Apa Bang.Jangan Risau’ begitulah yang di balasnya. Lega hati bila dia berkata begitu.
Tetapi hari demi hari semakin pelik perangai adik ipar saya ni. Setiap kali jika kami berkelapangan untuk makan bersama bertiga di meja makan.
Tak kiralah siang ataupun malam. mesti adik ipar saya akan duduk di hadapan saya, isteri mcm biasalah mesti di sebelah.
Adik ipar saya suka geselkan kakinya dengan kaki saya sambil menjeling kakaknya. Lepas tu dia suka mesej saya sewaktu saya bekerja.
Dia beritahu suka dengan sayalah, lepas itu cakap seronok kena peluk dgn saya. Serba salah saya di buatnya. Dia banyak masa di rumah sebab hanya buat jualan online di Facebook.
Ada satu malam saya terjaga sekitar jam dua pagi unutk ke tandas keluar je dari tandas terkejut saya sebab adik ipar saya berdiri di tepi bilik saya.
Dengan berbaju tidur bertali halus berwarna pink dan menarik tgn saya masuk ke dalam biliknya lalu dia kuncikan pintu.
Malam itu jugalah isteri saya tak sihat akibat demam dan selsema yang teruk. Makan ubat lepas isyak dan terus tidur tak sedarkan diri.
Jadi pada mlm itu juga perkara yang tidak di ingini berlaku. Saya hanyut bersama-sama adik ipar saya.
Pagi esoknya sewaktu makan pagi, isteri ada tanyakan kemana saya pergi malam tadi sebab dia tersedar sekejap yang saya tiada di sebelahnya.
Saya jawab tengok televisyen, dia pun diam. Saya lihat adik ipar tersenyum sambil menjeling manja ke arah saya.
Saya masih sayangkan isteri dan rumah tangga saya. Dalam masa sama, saya teruskan juga perbuatan haram bersama adik ipar saya.”