Bila bergaduh, jangan terlalu ikut perasaan takut nanti diri menyesal di kemudian hari, tak kira lelaki mahupun wanita.
Tambahan pula sudah berkahwin, jangan main minta cerai hanya sebab cemburu tak bertempat.
Seorang wanita meluahkan rasa rindu buat bekas suami selepas dia sendiri berkali-kali meminta cerai kerana tidak boleh mengawal rasa marah.
Di bawah adalah kisah tersebut.
Saya rindu bekas suami saya. Kami dah bercerai lepas saya lahirkan anak lelaki sulung kami. Sekarang anak saya dah umur dua tahun.
Punca bercerai datang pada saya sendiri sebab saya kuat cemburu lepas kahwin hari-hari saya marah suami dengan alasan yang tak munasabah.
Hari-hari saya sebut perkataan ‘aku nak cerai lah’ sampailah suami saya betul-betul tak tahan dan ceraikan saya.
Saya langsung tak ada rasa sedih bila kena cerai. Saya siap boleh pisahkan anak saya dengan bekas suami.
Saya tak bagi dia jumpa anak kami yang masa itu baru berusia lima bulan. Lepas saya pisahkan anak dengan bekas suami, dia kecewa terus dia terus bawa diri .
Saya tak tahu dia pergi mana, Dah setahun lebih dia langsung tak pernah jumpa saya dan anak dah.
Nombor telefon lama dia pun dah tak aktif, langsung tak ada khabar berita. Masa itu baru saya sedar.
Jujur saya rindu dia sangat sekarang saya baru rasa sayang sangat kat dia.
Kalau saya pergi jumpa keluarga bekas mentua sebab nak berhubung balik dengan bekas suami agaknya mereka akan marah ke.
Sebab dulu mak mentua saya marah sangat saya pisahkan anak kami dengan bekas suami sampai mak mentua menangis, lepas pada tu kami dah tak ada berhubung.
Nak rasa menyesal juga sudah terlambat, maka jagalah emosi lepas berkahwin, jangan diikutkan sangat rasa hati.