“Aku korban semuanya untuk keluarga tapi tetap digelar derhaka oleh mak, hanya sebab…”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa tanpa sedar memilih kasih hingga akhirnya yang merana adalah anak, sampai besar tidak akan lupa layanan diterima.

Ada yang terlalu mementingkan diri sampai tak sedar ada anak yang terpinggir demi mengangkat anak lain.

Seorang wanita sudah lelah berusaha memuaskan hati ibu bapa yang terlalu melebihkan abang dan adiknya.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku hidup dalam keluarga yang sederhana namun aku kesepian dari zaman kanak-kanak lagi. Aku ada seorang abang dan adik dan aku berusia 39 yahun.

Ibu bapa ku juga masih hidup hingga hari ini. Namun sudah dua tahun aku tidak balik sana lagi. Hanya sekadar lalu tepi jalan dan perhatikan dari jauh sahaja.

Disebabkan perbandingan antara aku dengan dua orang adik beradik yang lain oleh abah, menyebabkan mak dan mereka terasa hati. Ya, sangat terasa hati.

Pada aku. Hakikatnya mereka tidak tahu, aku teruk berusaha untuk berikan abang dan adik berada di hati abah.

Aku korban macam-macam untuk bantu keluarga aku. Hingga masalah keluarga adik beradik sendiri pun, aku bantu. Tapi bila aku sedang teruk, tak dapat tolong.

Digelar anak derhaka

Mak dengan senang cakap, aku langsung tidak ambil tahu pasal keluarga. Anak derhaka. Berlagak. Mentang-mentang duit banyak. Lebih utamakan orang luar dari keluarga sendiri.

Dipaksa buat pilihan antara mak bapa atau orang lain kalau tak, aku jadi anak derhaka. Adakah keluarga adik beradik juga berada dalam tanggungjawab aku juga.

Abang telah berkahwin dua kali. Adik telah berkahwin dua kali, tapi aku yang cuba perkenalkan pasangan aku pada mereka ini ditolak mentah-mentah.

Jadi mereka anggap semua keputusan aku bodoh, mereka sahaja yang betul. Atas tiket seorang mak dan abah.

Orang tua yang melahirkan dan membesarkan. Tiket itu hanya untuk aku sahaja. Bukan untuk adik dan abang.

Mereka boleh buat keputusan mereka sendiri sampai soal jodoh pilihan mereka pun mak boleh terima walaupun tidak suka.

Sedangkan adik beradik lain tak ada satu aset pun. Selalu pinjam duit mak. Tetap aku juga dianggap anak derhaka.

Kali ini aku nekad (dua tahun lepas) aku perlu berhenti dari menjadi seorang yang bodoh. Aku perlu hidup berkeluarga. Bahagia atau tak, semua urusan Allah. 

Namun disebabkan usia aku telah tua, keluarga sana pula tidak merestui. Terima kasih mak dan abah sebab ini yang mereka mahukan.

Terima kasih adik dan abang sebab bahagia bersama isteri dan suami masing-masing dan ada anak kandung sendiri.

Walaupun dah kahwin, asyik pinjam duit mak, asyik campak anak-anak untuk mak jaga sedangkan kalian seronok berhibur berdua tanpa perlu fikir mak abah dah tua,

Tanpa perlu fikir nak jaga anak-anak kandung kalian sendiri sedang lasak, serta siap panaskan mak abah supaya aku tidak dapat berkeluarga atas pilihan aku sendiri.

Wahai ibu dan bapa diluar sana, duit wang ringgit, harta, pekerjaan yang bagus itu adalah rezeki.

Tapi jangan korbankan perasaan dan hidup masa depan seorang anak demi untuk kelangsungan hidup kalian dan anak-anak lain.

Baca juga: “Rumah kami dah macam setinggan tapi bapak boleh cakap dia mampu kahwin lain”