“Aku menyesal lepas kantoi curang dengan suami, aku minta dilepaskan tapi dia tak nak, sampai sekarang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai yang curang hanya menyesal selepas kantoi dengan pasangan, walaupun sudah berubah pastinya rasa percaya sudah hilang.

Apatah lagi sudah lama berkahwin dan mempunyai anak, apa lagi alasan untuk diberikan bagi mereka yang mahu curang.

Seorang wanita meluahkan rasa menyesal selepas kantoi curang, walaupun sudah menyesal, si suami tetap mengungkit dan tidak melepaskannya.

“Saya Bella (bukan nama sebenar) umur 30 tahun, Kami dah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai dua orang anak.

Selama perkahwinan saya memang setia dan tak pernah ada hubungan dgn lelaki lain. Tapi baru-baru ni saya terlanjur dengan seseorang

Cerita sangat panjang untuk diceritakan tapi saya betul-betul tak sengaja masa tu dan saya tak pernah ulang lagi kesalahan saya.

Saya betul-betul bertaubat dan menyesal, beberapa hari selepas kejadian kantoi dengan suami dan saya memang minta dilepaskan sebab saya malu dan saya rasa bersalah.

Saya juga tak nak suami dendam dengan saya dan kemudian hari dia buat benda yang sama. tapi suami tetap tak mahu lepaskan saya.

Kini kejadian tu dah setahun berlalu, tapi sehingga sekarang setiap kali bersama, suami akan ungkit pasal benda tu. dia akan tanya siapa lebih best lebih power.

Saya penat sangat dengan semua ni. Saya tahu saya salah, saya penat nak rasa bersalah macam ni.

Suami saya nak saya menyesal sampai saya gila ke baru dia tak nak cakap pasal benda ni? dia sentiasa menghantui soalan yang buat hati saya malu menyesal.

Saya cuma minta suami lepaskan saya atas sebab saya penat nak hidup macam ni, saya penat sgt dengar hari-hari dia ungkit, tak nak rasa perasaan bersalah ni lagi.

Saya memang isteri derhaka sampai bila-bila, jadi saya cuma nak bebas untuk saya tidak terikat hubungan dengan suami saya.

Saya cuma nak hati saya lebih tenang dan saya tak nak suami cakap-cakap lagi pasal kejadian. Saya nak lupakan semuanya.”

Baca juga: “Aku dan suami tiada privasi, abang dah setahun tak nak keluar dari rumah kami”