Seorang lelaki bujang kini hidup di dalam penyesalan selepas mengambil keputusan untuk menyewa bilik di sebuah rumah milik pasangan suami isteri.
Menyangka dirinya membuat pilihan yang tepat dengan menyewa bilik tidak melebihi kemampuan, pemuda berkenaan malah terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan.
Tidak mampu lagi menyimpan rahsia, lelaki yang menyedari dirinya telah melakukan dosa besar itu akhirnya menginsafi perbuatannya bersama tuan rumah tersebut.
Nekad mahu mencari jalan keluar, pemuda berkenaan bagaimanapun merasa berat untuk berhenti menyewa di rumah itu kerana sudah membayar wang pendahuluan.
Meminta bantuan orang ramai sebelum membuat keputusan, berikut perkongsian lelaki yang berharap agar pembaca mengambil iktibar atas kejadian diceritakannya.
“Hai semua. Mohon beri nasihat dan pandangan anda. Saya sudah lama memendam rahsia. Tetapi semakin lama saya tanam, semakin rasa terbakar hati ini. Sampaikan, tidak pernah lena tidur. Saya rasakan, kalau boleh nak luahkan sahaja supaya ruang dada ini tidak lagi dihimpit dengan rahsia.
“Mungkin juga perkongsian ini boleh dijadikan iktibar kepada pembaca semua. Saya tinggal dalam rumah sewa yang dimiliki oleh Kak Tortilla (bukan nama sebenar). Dia duduk di dalam bilik utama dan suaminya pula bekerja di negeri lain. Saya membuat pilihan untuk menyewa satu bilik kecil yang bersesuaian dengan gaya hidup bujang.
“Nak dipendekkan cerita, ada suatu malam itu saya terlanjur dengan Kak Tortilla di dalam biliknya. Saya tahu perbuatan itu salah dan terkutuk. Tetapi apakah daya, bisikan syaitan telah membakar kesemua tembok iman saya. Namun apa yang tidak dijangkakan, Kak Tortilla tidak membenci saya.
“Malah, kami menjadi lebih intim dan lebih kerap melakukan perbuatan zina di dalam biliknya. Saya risau apa yang telah berlaku bakal menjejaskan hubungan Kak Tortilla dengan suaminya. Mungkin juga akan menyebabkan mereka bercerai. Saya merasa serba salah dan ingin berpindah keluar.
“Tetapi, saya sudah membayar tiga bulan wang pendahuluan dan menandatangani kontrak untuk menyewa selama satu tahun. Patutkah saya berpindah atau habiskan sahaja tempoh satu tahun penyewaan?.” Kongsi pemuda yang tidak mahu dirinya tidak dikenali menerusi satu hantaran di laman luahan atas talian.
Baca juga: Kerja seorang diri, peniaga percaya pelanggan bayar dan ambil duit baki sendiri dalam kotak duit