“Aku nak cerita sisi gelap sebagai suri rumah yang ramai tak tahu pun”

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita harus melupakan kerjayanya setelah suami memintanya untuk menjadi suri rumah setelah melahirkan anak sulung.

Berumur 30-an dan kini anak-anaknya sudah bersekolah rendah, wanita lulusan sarjana (master) itu mula kesal dengan pilihannya.

Berikut adalah pendedahan dilema seorang suri rumah setelah suaminya kian lupa akan janji manisnya sebelum berhenti kerja.

“1) Bila jadi housewife, memanglah best tak payah fikir pasal masalah kerja. Tapi aku jadi terlalu banyak masa terluang untuk risau sesuatu. Contoh kalau gaduh dengan suami, aku akan fikir jela masalah tu. Begitu juga dengan masalah anak. Aku tahu mesti suami aku tak fikir pun masalah tu kat tempat kerja kan.

“2) Kawan makin kurang. Sape nak contact kau? Topik sembang pun tiada. Life aku pasal family je. Suami boleh balik kerja lambat ngeteh dengan kawan la, bersukan la. Sampaikan dah lama tak sembang dengan orang luar, aku rasa kekok bila nak bercakap dengan orang lain selain anak dengan suami aku.

“3) Duit. Sekarang ni semua benda perlu duit. Nak gerak sikit pun pakai minyak. Jadi housewife ni banyak masa, tapi duit pula tiada. Suami mampu bagi berapa je nafkah. Tu pun banyak aku kena topup balik untuk keperluan rumah dan anak-anak. Sekarang nak apa-apa kena minta dan tak semestinya dapat. Berapa banyak dah janji ‘nanti’ dia tu. Last tak belikan pun.

“4) Rutin berulang. Ada masa aku rasa dah muak buat kerja rumah ni. Tapi kerja rumah tak pernah habis. Hari-hari kena basuh baju, jemur, lipat, gosok. Masak pula kena sedia bahan, masak, hidang, basuh pinggan mangkuk dan kemas meja. Suami harapkan aku buat semuanya sebab aku kat rumah. Tapi aku pun penat. Tuala tu pakailah 2-3 kali baru basuh. Pinggan pun sama, jimatlah pakai. Aku yang penat basuh. 

“5) Dipandang rendah. Isteri-isteri kawan suami macam tak nak layan aku sebab aku housewife sedangkan diorang semua wanita berkerjaya. Sembang rancak semua. Tu belum cikgu sekolah anak aku yang cakap ‘sayangnya tak kerja’ kat aku bila isi borang tulis suri rumah. Mak cik jual makanan pun ada cakap macam itu. Pastu terus aku tak pergi makan kedai dia dah.

“6) Expectation. Dah alang-alang suami aku keluar gi kerja. Apa salahnya dia hantarkan anak sekolah sekali. Tapi ada gak yang pertikaikan kenapa bukan aku je hantar. Aku ni yang ambil anak sekolah, hantar gi sekolah agama. Ambil dari sekolah agama, hantar tuisyen, hantar beraktiviti. Semua tu tak nampak. Yang nampak suami aku kena hantar pagi-pagi tu jela.

“7) Expectation dari suami. Aku adalah me-time sikit. Tapi suami aku selalu ingat aku tidur pagi-pagi. Dia saja Whatsapp aku pukul 9-10 pagi untuk check aku balas ke tak. Kalau tak balas, dia anggap aku tidur. Nanti dia cerita dekat orang aku tidur masa anak pergi sekolah. Dia tidur bebila aku takde kisah pun. Sebenarnya aku jarang tidur. Kang terlajak, lupa nak ambil anak sekolah.

“8) Ungkit. Ni paling sadis. Suami aku offer nak sambung bayar bulanan kereta kalau aku berhenti kerja. Dia selalu ungkit pasal dia kena bayar kereta aku menyebabkan duit dia tak cukup. Then aku jual kereta tu dan beli kereta terpakai secara tunai. Tetapi lain pula alasan dia tak cukup duit tu. Nanti segala-mala bil, loan kereta dia, loan rumah dia kena bayar.

“9) Simpanan tak bertambah. Masa kerja aku boleh simpan 1k sebulan. Sekarang bukan makin bertambah tapi asyik kena tarah sebab nak cukupkan keperluan. Dah macam-macam perniagaan aku buat. Tak menjadi sangat. Tak semua orang pandai berniaga. Aku rasa aku lagi sesuai kerja makan gaji. 

“Setakat ni je aku cerita sisi gelap jadi suri rumah ni. Tak semua perempuan sesuai jadi housewife. Suami aku yang nak aku jadi housewife. Tapi aku ingat nak minta kerja balik. Pada sesiapa yang terfikir nak jadi suri rumah, bincang dengan pasangan dulu dan solat istikharah.” Katanya.

Baca juga: Tular video wanita meninggal dunia ketika bertadarus di masjid, ramai cemburu tengok