Malaysia Dateline

“Aku nak tuntut dari tuan-tuan yang jaga Kelantan”- Pemuda bengang kualiti air teruk, tiap hari terpaksa beli air mesin

Masalah pembekalan air terawat di Kelantan sudah berlarutan sejak sekian lama. Segala kepahitan yang dihadapi rakyat selama ini seperti tidak berpenghujung menyebabkan keadaan yang terus berpanjangan itu memaksa penduduk mencari alternatif sendiri untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Jijik, loya tekak. Itu situasi paling sesuai digambarkan tatkala terlihat satu ciapan Twitter daripada seorang pemuda yang berkongsikan beberapa gambar bekalan air dipercayai telah bercampur dengan lumpur sehingga menjadi keruh dan likat.

Pemuda berkenaan yang menggunakan akaun Hafiz D, meluahkan rasa tidak puas hati apabila berterusan berhadapan masalah air kotor dan berkarat yang disamakan dengan air kopi.

Dalam ciapannya sempat menyindir ‘menawarkan’ air minuman mahal itu kepada orang ramai. Dia juga mendedahkan tidak mendapat bekalan air bersih daripada kerajaan negeri hingga terpaksa mengorek air dari bawah tanah.

“Nak kopi branded mahal? Sila ambil sini. Check out this latte coffee cirito, free flow and extra slime. I tak dapat air dari kerajaan jadi kenalah korek air bawah tanah yang ada. Tunggu hari perhitungan, aku nak claim dengan tuan-tuan yang jaga Kelantan,” ciapnya.

Sumber air bersih dari mesin je sekarang ni

Pada masa sama, pemuda berkenaan juga memaklumkan bahawa sumber air bersih yang diperolehinya buat masa sekarang adalah dari mesin air layan diri.

“Ini sumber air saya buat sementara waktu. Tapi Allah saja tahu kualiti air yang keluar dari mesin itu.

“Ada satu kakak shared her story, air besar tangki ni bolehlah tahan sehari. Every day oi kena datang kiosk ni beli air. Kalau pokcik mokcik yang tua macam mana? Dron juta tu datang ke?,” soalnya.

Susulan ketidakpuasan hati yang diluahkan pemuda berkenaan, ramai yang mengkritik sikap pengabaian kerajaan negeri terhadap kebersihan air untuk rakyat Kelantan.

Ketika negeri-negeri lain di Semenanjung sudah tiada lagi berdepan dengan masalah bekalan air bersih, Kelantan masih lagi sinonim dengan masalah sama yang membelenggu mereka sejak berpuluh tahun lamanya.

Pemuda berkenaan yang mewakili penduduk di sekitar kawasan terjejas turut menyatakan rasa kesalnya terhadap pihak berkuasa negeri dan menuntut agar pihak berkaitan segera bertanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku.

Baca juga: Pecah tembelang! Peminta sedekah main judi, siap sorok telefon belakang tabung derma

Baca juga: Kenapa jurutera ini mempertahankan tindakan Maybank sewa bangunan PNB 118 sebanyak 33 tingkat, ini rasionalnya