“Aku ni dah macam kuli, semua benda aku kena buat, ipar pula sedap ‘complain’ macam dia buat kerja”

Oleh MAISARAH AISYA

Duduk di rumah mentua ini tak semuanya indah, kadang-kadang menantu dilayan bagai pembantu rumah tidak bergaji.

Kalau sekali-sekala atau bantu sikit-sikit itu tidaklah menjadi masalah namun kalau sampai badan sudah penat pun dipaksa maka siapa sahaja tidak mengamuk.

Seorang wanita memuat naik luahan, rasa tidak puas hati apabila ibu mentua memintanya untuk tinggal serumah pada bulan puasa nanti.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Mak mentua minta aku duduk sekali dengan dia masa bulan puasa nanti, automatik aku teringat layanan dia masa aku duduk serumah dulu.

Tiga tahun lepas masa anak sulung aku berusia lima bulan, aku tak kerja dan kami suami isteri menetap di rumah mentua aku.

Aku dilayan seperti kuli, seperti orang gaji tak berbayar, segala kerja rumah aku sepenuhnya buat, bila suami aku nak tolong terus dia halang dengan alasan suami penat.

Tapi suami tetap tolong aku pagi-pagi sebelum dia pergi kerja. Bermula subuh tu aku masak, kemas rumah bila aku nak rehat tengah hari nak tidurkan mula mak mentua kacau.

Mak mentua tak bagi aku rehat, anak aku, suami, mak bapa mentua semua aku kena uruskan, dahlah makan semua ikut tekak masing-masing.

Pernah sekali sebab makan tak sedap, dia pergi canang satu kampung pasal aku ni. Lepas makan tak reti nak angkat semua aku kena buat.

Bila ipar datang pula buat muka konon rumah bersepah sebab aku tak kemas, mak mentua lagi sedaplah nak mengata.

Biras aku kesian dekat aku jadi dia hulurkan tapi mak mentua halang katanya bagi dekat suami aku je sebab aku bukan buat kerja.

Aku bergaduh teruk dengan suami sampai menangis-nangis sebab penat sangat, malam tu juga suami suruh kemas beg dan keluar.

Akhirnya dapat sewa rumah lain, lepas itu dah jarang balik rumah mentua. Anak-anak ramai tapi mengharap menantu juga yang kena kemas.

Itu cerita tiga tahun yang lepas. Bulan puasa nanti adakah aku akan menjalani kehidupan pahit itu semula? Alasan diberikan anak lain jauh dan tak larat masak.

Baca juga: Lelaki bergaji RM20,000 sanggup lepaskan kerjaya bagus sebab nak jadi ‘ghost seeker’