Kadang-kadang ada sahaja suami yang sanggup memberikan segalanya buat isteri asalkan mereka kekal tinggal di rumah.
Tapi si isteri perlu sedar bila sudah berkahwin, jimatlah duit suami apatah lagi jika sudah tidak bekerja.
Seorang wanita meluahkan rasa senang hati apabila si suami sanggup memberikan belanja bulanan agar dia dapat memanjakan diri.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Saya ni muda lagi 24 tahun, saya ni selalu tertekan benda kecil pun boleh stress sampai satu tahap saya jadi kesian dekat suami.
Saya kalau tertekan tak adalah sampai marah atau meninggi suara, selalu tak ada mood dan menangis tak sudah.
Kadang terfikir nak kerja tapi nanti cepat tertekan, selalu juga tergelak sebab sedar diri ni perangan teruk sangat, baik tak kerja terus.
Suami bab nafkah memang dia penuhi semuanya. Cuma kadang fikir nak kerja sebab tahu diri ni memang ‘high maintenance’.
Pernah terfikir nak guna duit suami 100 peratus tapi rasa melampau pula kalau gaji suami habis dekat saya sahaja. Saya ni tahu nak duit je, dia nak beli barang sendiri pun tak lepas.
Semua bila suami bayarkan, dia hanya minta saya duduk rumah, dia janji akan bagi duit lebih tapi itulah perempuan kan, banyak benda dia nak.
Setiap kali gaji memang saya habis RM1,000 untuk belanja diri sendiri, itu baru duit saya, tak termasuk duit suami bagi lagi.
Stress suami pergi outstation
Ada masa suami kena kerja luar negeri, mulalah nak buat perangai sedih setiap kali video call, rindulah tak nampak depan mata.
Semua benda aku tak dapat mesti aku menangis, sebab tu sampai sekarang saya merancang untuk tak ada anak.
Sekarang suami tak bagi kerja sebab majikan saya tu gatal sedikit, selalu hubungi di luar waktu kerja.
Tapi kalau berhenti kerja saya cepat bosan, dah terbiasa sentiasa bergaul jadi takut penat hadap muka dia sahaja 24 jam.
Rasa kesian dekat suami sebab dapat isteri mengada-ngada macam saya ni. Nak berubah tapi susahlah.
Baca juga: Bukan biasa-biasa, negara ini sahaja guna Rolls-Royce RM1.2 juta sebagai kereta polis