“Aku penat jaga anak dekat rumah, suami sedap bermaksiat, kantoi sebab aku baca semua mesej”

Oleh MAISARAH AISYA

Hati siapa sahaja yang tak luruh bila pasangan sendiri memilih curang di saat diri penat lelah menjaga anak di rumah.

Mereka ini seolah-olah lupa tanggungjawab sebagai ibu atau bapa di saat diri hanyut dalam maksiat.

Seorang wanita tak menyangka suaminya kantoi curang di saat dia sedang mengandungkan anak mereka dan memilih untuk tidak bekerja demi anak yang lain.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku ni seorang suri rumah sepenuh masa, masa aku tengah mengandung tu aku dapat tahu suami curang dengan perempuan lain.

Hancur hati sampai aku terfikir dekat mana silap aku sampai suami pilih curang dan berzina dengan perempuan yang dia kenal tu.

Semuanya kantoi masa aku terbaca mesej-mesej dia tapi biasalah suami hanya menafikan yang dia buat semua tu.

Jelas dalam mesej dengan perempuan tu pun dia masih nak tipu aku. Aku dah tak kuat nak harungi semua ni.

Sakit rasa hati ini bila teringat kisah suami dengan perempuan yang pernah dia tidur sekali tu.

Aku dekat rumah jaga anak-anak, suami sedap buat maksiat belakang. Ikutkan aku, aku tak nak teruskan hubungan ni.

Aku sendiri buntu apa nak buat untuk rasa lebih tenang dan tidak bersedih akan hal ini lagi.

Komen netizen

Rata-rata netizen memahami perasaan wanita tersebut kerana bukan senang untuk melupakan hal sedemikian.

“Lelaki atau perempuan dah berkahwin kemudian berzina hukumannya rejam sampai mati. Tapi kat Malaysia tak buat hukuman tu. Tapi melalui hukuman tu, kita dah faham apa terbaik untuk diri kita.

“Kita mudah memaafkan tapi tak akan mungkin melupakan kecurangan pasangan, luka lama mudah sangat berdarah kembali bila-bila masa.

“Islam itu mudah, fikir diri sendiri dulu. Jalan mudah berpisah lebih baik daripada menyiksa diri sendiri,” antara komen netizen.

Baca juga: “Suami beria cari jodoh untuk adik ipar, tapi cara dia macam nak jadikan madu aku”