Selalunya bila pergaduhan berlaku antara suami isteri ini, anak-anak sering menjadi mangsa daripada segi mental.
Tambah pula mak bapa bila bergaduh ini, segala benda mula di ungkit dan tak kira tempat termasuk depan anak.
Bila anak dah besar mereka lebih mengharapkan ibu bapa ini untuk berpisah daripada terus bergaduh.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Saya sekadar nak meluah perasaan, baru berumur 17 tahun dan ada empat adik beradik yang masih kecil.
Tahun ni saya amat tertekan kerana ibu bapa saya sering bergaduh, mereka kerap bergaduh pasal duit dan perbelanjaan keluarga.
Ayah saya seorang pencen tentera dan ibu saya seorang jururawat, jadi fahamlahkan kalau baran tentera tu macam mana, ibu pula asyik soal pasal duit.
Dahulu, mereka kerap juga bergaduh tapi tidak la sampai sekerap yang berlaku sekarang ini.
Ayah saya selalu guna duit ibu saya dan dia terlalu boros asyik membeli benda yang tidak berfaedah,
Sepatutnya dia sebagai ketua keluarga patutnya membeli barang keperluan harian kami atau memberi duit belanja untuk ke sekolah.
Ibu saya sudah penat dengan ayah saya sebab sikap dia yang boros.
Ibu saya uruskan semua perkara di rumah seperti bil elektrik, bil air, rumah, barang keperluan rumah dan sekolah, duit belanja kami.
Ayah saya selalu marah ibu saya sebab selalu mengungkit pasal duit. Tapi ayah saya jenis panas baran tidak boleh terima apa orang lain cakap.
Kadangkala saya geram dengan ayah saya sebab sangat tidak bertanggungjawab.
Saya dah penat nak layan mereka. Sudahlah saya ni anak sulung, sampai saya tertekan dengan peperiksaan penting nanti.
Sudahlah, saya dah penat nak meluah. Saya harap mereka berpisah sahaja.
Baca juga: “Suami aku asyik cakap tiada duit, tetapi kalau biras minta apa-apa laju dia belikan”