Aku, polis dan pencuri roti Gardenia

Oleh BORHAN AHMAD

Ini cerita lama. Namun dalam situasi sekarang, ia perlu menjadi pengajaran kepada semua, apa peranan yang kita boleh mainkan dalam masyarakat. Ketika ramai orang susah di sekeliling, kita kena memainkan peranan juga.

Salute untuk abang polis yang memainkan peranan mereka. Sekarang kita kena mainkan peranan kita pula.

Malaysia Dateline.

Aku kerja polis. Kerja kat Penang. Tak payah aku mention balai mana. Masa tengah kerja dapat call, untuk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (Tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat Tesco, masuk guard room tengok ada satu lelaki Melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada dua bungkus roti Gardenia.

Dapat info lelaki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai RM10. 3 kali aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak sampai RM10?”.

Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan Tesco.

So, bawa jugak la laki tu naik kereta. Dalam kereta aku tanya kenapa curi? Dia cakap tak ada duit nak beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah.

Terkedu aku dengar.

Dia cakap lagi, anak dia dah dua hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok Mamee sahaja. Keropok Mamee yang harga 20 sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.

Sampai kat balai, guard tu dah sampai dulu sekali dengan roti gardenia dua bungkus, barang curi tu.

Dah depan EO nak buat report. Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.

Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena makilah guard tu.

Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.

AOCS aku suruh call atasan dia datang. Dalam 20minit datang satu perempuan Melayu, incharge guard Tesco tu. Apa lagi berbakul-bakul lagi perempuan tu kena maki.

Dah insaf kena maki, perempuan tu kata kalau nak settel jugak, lelaki tu kena bayar 10 kali ganda dari harga barang yang dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10 kali ganda nilai roti tu.

Dah selesai urusan, melutut lelaki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dalam balai.

AOCS aku cakap apa “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada untuk bantu sama saudara yang tengah susah”

Lelaki tu baru kena buang kerja kilang. Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun dengan dia.

AOCS aku siap bagi duit poket untuk dia survive dua beranak.

Selang beberapa bulan lepas tu, lelaki tu datang balik kat balai, cari AOCS aku, dia kata dah dapat kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yang AOCS aku tolong dia dulu.

Tapi AOCS aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg AOCS aku pesan kat aku “kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yang kita boleh buat untuk tolong orang susah tu”

Salute kat AOCS aku Sarjan Mejor Shahruddin.

Kredit : MOHD ROSLI WAHAB