“Aku rasa diperguna sangat, semua benda aku kena bayar, balik kampung suami pun aku tanggung”

Oleh MAISARAH AISYA

Bila berkahwin, tolenrasi antara pasangan adalah amat penting, seharus ada kata sepakat yang dicapai agar tak berlaku pergaduhan.

Tapi ada juga memilih mendiamkan diri meskipun merasa terbeban dalam bab kewangan yang berlaku dalam perkahwinan.

Seorang wanita merasa seperi dia diperguna oleh suaminya apabila terpaksa mengeluarkan belanja lebih dalam perkahwinan mereka.

Di bawah adalah kisah tersebut.

Aku dan suami dua-dua bekerja. Aku cikgu manakala suami kerja di kilang swasta. Gaji kami berdua lebih kurang sama sebab aku pun masih baru membina kerjaya.

Suami aku akan beri aku RM700 sebulan untuk bayar sewa rumah RM400, bil api air RM100, kutu dia RM200.

Bil lain seperti bil mesin penulenan air dan aplikasi ‘streaming’ lain-lain aku bayar.

Masalah di sini, suami aku akan beli barang dapur tidak melebihi RM150 sebulan. Aku akan masakkan bekal setiap hari untuk suami aku pergi kerja.

Petang dia balik kerja pun aku masakkan juga. Jadi kos barang dapur sebulan hampir RM400 bermakna aku tanggung kos barang dapur RM250 sebulan.

Iu belum masuk makan di luar lagi aku yang kena bayar. Aku ada kereta jadi setiap kali keluar kami akan naik kereta aku.

Mestilah minyak kereta dan tol pun aku bayar sendiri walaupun balik ke kampung dia. Baru-baru ni kami bercuti dengan keluarga dia.

Apa yang buat aku geram adalah aku juga kena bayar makan satu keluarga dan bayar homestay. Aku jadi tak ikhlas.

Mula-mula aku fikir sedekah tapi lama-lama aku mula sakit hati dengan suami aku. Aku rasa dipergunakan sepenuhnya oleh dia.

Dah lah kalau tak cukup duit hujung bulan akan minta dengan aku juga. Dia ada tempat untuk bergantung harap manakala aku tak ada tempat untuk bergntung.

Harapkan diri sendiri sahaja. Aku rasa aku dah tak perlukan suami aku. Hampir 99 peratus perabot dan barangan elektrik dalam rumah ni adalah duit aku.

Aku rasa nak halau je dia, deposit rumah sewa pun duit aku. Dia bayar sewa bulanan je.

Baca juga: “Meriah serupa healing”, tular video keluarga di Kedah teruskan kenduri dalam banjir