“Aku sampai terpaksa bagi anak usia sebulan minum air masak sebab tak ada duit, suami tak bagi 1 sen pun”

Oleh MAISARAH AISYA

Perkahwinan bukanlah sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan tapi juga mengenai tanggungjawab dalam berumah tangga.

Namun dilihat anak muda zaman sekarang lebih mementingkan untuk menghalalkan hubungan tapi mengabaikan tanggungjawab hingga akhirnya bercerai di tengah jalan.

Seorang wanita memuat naik luahan hati menerusi ‘Kisah Rumah Tangga’ mengenai perihal suami yang tidak memberi nafkah mahupun duit demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak.

“Nama saya Eilah. Saya ibu kepada dua orang anak, usia tiga tahun dan seorang lagi sembilan bulan. Saya ada suami yang langsung tak ambil tahu perihal saya dah anak anak.

Dia adea tapi macam tak ada. Saya nak bekerja tapi tiada pengangkutan dan tiada yang boleh bantu jaga anak.

Saya ni ibarat menumpang di rumah suami, saya tak ada sesiaa cuma ada ibu yang tak sihat. Itu yang buat suami rasa kami ini ibarat beban buatnya.

Saya buat dropship untuk belanja makan sehari hari. Itu pun kadang adalah yang terjual, kalau tidak maka tak makanlah kami.

Makan pun semua saya kena cari sendiri, tak ada satu sen pun duit suami bagi. Saya cuma kesiankan anak sebab tak cukup makan.

Anak yang baru sembilan bulan pun dari awalumur sebulan lagi saya terpaksa bagi air kosong, kadang air rebusan, paling teruk bagi teh kosong macam kakak dia.

Makan pun saya jarang bagi sebab tak ada duit, kalau ada pun hanya mampu bubur kosong dari umur sebulan sampai sekarang.

Kadang rasa malu pergi buat check up anak di klinik sebab berat tak naik sangat sampai terpaksa menipu jururawat.

Saya rasa gagal jadi ibu, bila tertekan sikit sebab nak cari duit mulalah terpukul anak-anak padahal mereka lebih baik hidup tanpa saya.

Apalah malang sangat nasib saya”.

Baca juga: “7 tahun aku bersabar, tapi suami tetap pilih kawan berbanding kami, akhirnya aku buat keputusan”