“Aku sanggup ambil cuti setahun sebab anak sakit, tapi suami layan aku macam pengemis, siap cop ‘anak sial’…”

Oleh MAISARAH AISYA

Adalah tugas suami untuk menanggung keluarga daripada segala hal rumah, namun janganlah sampai melayan isteri bak hamba.

Bila keduanya bekerja mula timbul rasa nak membantu namun bila pasangan berhenti kerja terus lepas tangan tanggungjawab di rumah.

Seorang wanita, Hanna (bukan nama sebenar) tidak menyangka niatnya cuti kerja tanpa gaji untuk menguruskan anak akhirnya bongkar sikap sebenar suami dan keluarga mentua.

“Aku seorang graduan Engineering dan menjawat jawatan sebagai Engineer di salah sebuah MNC di Malaysia. Sejak kecil ibu mendidik aku supaya bekerja sendiri.

Dari zaman kanak-kanak, aku dah mula tolong ibu berniaga kuih hari-hari. Disaat budak lain tengah seronok bermain, aku ditahan di rumah untuk menolongnya menguli tepung. Tapi dari situ aku dapat upah. Ibu seorang ibu tunggal.

Ayah aku pergi bawa diri disaat aku masih merah. Ikut janda katanya. Hingga hari ni adalah beberapa kali saja aku bertemu dengan ayah. Paling lama dia dapat jumpa aku pun waktu akad nikah dulu. Itu pun tak lama, tiga jam sahaja.

Ibu mengalami trauma yang teruk. Sebab itulah dia selalu berpesan, jangan sesekali berhenti kerja.

Dia sanggup golok gadai menghantar aku ke Universiti terkemuka kerana impiannya melihat aku berjaya. Selepas aku graduate, aku dipinang oleh pasangan aku sekarang.

Mulanya ibu tak izinkan sebab dia nak aku ada aset dulu. Tapi yelah, aku masih muda dan terikut budaya kahwin awal.

Aku memberi jaminan kepada ibu yang aku akan bekerja dan tidak akan sesekali berhenti. Selepas berkahwin, aku dan suami merancang untuk tidak ada zuriat buat sementara waktu.

Waktu itu suami aku memang seorang yang baik, pendengar yang setia dan rajin menolong aku dalam hal kerja rumah.

Rezeki aku juga bertambah dengan dua kali kenaikan pangkat di tempat kerja. Oleh sebab itu aku makin sibuk dengan urusan kerja di luar.

Genap tiga tahun perkahwinan, aku disahkan mengandung. Alhamdulillah waktu tu kami dah dapat hidup di rumah sendiri.

Suami gembira dan ibu juga pastinya lagi gembira. Selepas bersalin, anak aku disahkan menghidap asma.

Paru-paru tidak begitu kuat dan perlu penjagaan yang sempurna. Oleh sebab itu, suami menyuruh aku berhenti kerja.

Ibu pastinya menghalang dan sanggup mengambil tugas menjaga anak kami dan menghantar ke hospitaI untuk cek bulanan. Tapi suami berkeras untuk tidak menyusahkannya.

Dalam diam aku berjumpa dengan manager di tempat kerja. Aku bernasib baik kerana dia seorang yang cukup supportive.

Dia tawarkan aku cuti tanpa gaji selama setahun. Tiga bulan pertama aku boleh bekerja di rumah sementara menunggu pengganti sementara aku.

Aku tidak beritahu suami yang aku bercuti tanpa gaji. Dia ingat, aku berhenti kerja sepenuhnya.

Ibu bermasam muka kerana dia dapat merasakan aku akan mengalami kejutan budaya apabila berhenti kerja. Maka bermulalah aku sebagai suri rumahtangga sepenuh masa. Sebulan pertama semuanya ok seperti biasa.

Tapi masuk saja bulan kedua, suami aku dah nampak lain. Dia seperti “raja” dalam rumah. Nak basuh cawan sendiri pun dia dah tak nak.

Semua pekerjaan rumah jatuh atas bahu aku sendiri. Balik je dari kerja, dia terus online game.

Bila masa dia start main game pun aku tak tahu. Komunikasi antara kami juga semakin berkurang. Dia ibarat sudah tidak menghormati aku sebagai isteri setelah menjadi suri rumah.

Banyak aku makan hati, walaupun tiga bulan pertama aku masih makan gaji. Dia mula persoalkan aliran duit dalam family kami.

Nak makan sedap sikit pun aku terpaksa meminta macam peminta sedekah. Dia buat aku hilang harga hanya disebabkan aku sudah tidak menjana pendapatan.

Pernah aku melihat messagenya di group bersama rakan-rakannnya. Dia siap bagitau, aku dah macam hilang fungsi dalam rumah ni.

Kononnya kehadiran anak kami menambah beban dalam hidupnya. Beresak air mata aku waktu tu tapi aku perlu bersabar buat masa itu. Ada lagi baki lima bulan sebelum tamat cuti aku.

Dia mula pandai naik angin. Tuduh aku boros dan duit dia cepat susut. Mentua pun sama naik, siap cakap apa guna sijil tinggi-tinggi, tapi tak pakai.

Pernah aku balik ke kampung suami, layanan mentua dan ipar duai pun dah berbeza. Dulu aku ditatang kerana bekerja dan selalu hulur duit.

Tapi sekarang aku dah macam tak ada fungsi dalam rumah tu. Sampailah satu tahap kesabaran aku tercabar. Anak aku dihina sesuka hati oleh mereka sebagai anak siaI.

Aku semuka dengan suami, antara dia nak jadi pelindung kami, atau dia setuju dengan keluarganya.

MaIangnya dia menengking aku dan mengatakan sokongannya kepada keluarga sendiri. Malam tu juga aku kemas baju aku dan anak, aku bawa diri ke rumah ibu.

Nasib baik aku ada bukti penghinaan mereka. Aku rekod semua percakapan suami dan keluarganya dan ini aku gunakan di mahkamah kelak.

Aku peluk ibu dan dia cukup membantu. Dia pernah mengalami hal yang sama dengan aku sebab itulah dia berpesan yang wanita ini perlu ada kerja dan duit sendiri.

Dengan baki lagi empat bulan cuti, ibu membawa aku berjumpa dengan doktor pakar bahagian rawatan mentaI.

Aku disahkan mengalami kemurungan tahap tinggi. Memang suami membayar segala keperluan rumah tangga walaupun aku dilayan seperti pengemis.

Tapi aku tidak dapat menerima dengan tohmahan dan hinaan suami terhadap aku dan anak.

Aku hanya menjadi suri rumah tak sampai setahun, tapi dilayan seperti hamba. Tiada kemanisan lagi dalam rumahtangga kami.

Waktu aku usulkan untuk bercerai, dia siap cakap lagi, aku yang rugi. Dia takkan bagi aku sesen pun harta sepencarian dan aku kehilangan pekerjaan.

Aku katakan padanya, kita jumpa di mahkamah! Aku akan tuntut hak aku dan mengemukakan bukti yang aku masih menjadi pekerja di syarikat aku.

Aku bernasib baik kerana masih boleh berfikir waras dan tidak terus berhenti kerja. Mempunyai ibu dan majikan yang supportive, dan itu menjadi sumber kekuatan aku sekarang.

Rumah kami itu aku yang bayar deposit dan ubah suai. Aku ada bukti dan dia tidak boleh sesuka hati merampas hak aku.

Tidak sangka hanya kerana kami diuji dengan anak sakit dan aku berhenti kerja, suami terus berubah perangai dan memandang rendah kepada aku.

Doakan aku guys. Kes kami masih dalam perbicaraan mahkamah. Aku sudah mula kerja dan mulakan hidup baru.

Kepada yang senasib dan aku, jika mentaI korang diserang bertubi-tubi, bangkit dan bina balik kerjaya korang tak kisahlah kerja apa pun, dan tak perlu nak hidup dengan lelaki yang tidak menghargai korang.

Kita adalah wanita yang diciptakan dengan sifat yang tabah dan kuat. Pasti kita boleh hidup berdikari dan jaga kesihatan mentaI kita sendiri.

Akhir kata, aku hormat semua suri rumah di dunia ini. Bukan mudah menjadi suri rumah. Hanya yang begitu cekal sahaja yang berjaya melaluinya dengan tenang.

Baca juga: “Semua benda aku tanggung, jaga penampilan walau anak dah 4, tapi suami selamba curang, alasannya…”