“Aku sedar diri menumpang jadi aku buat kerja rumah, tapi ada saja salah di mata mak mentua…”

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap pasangan yang sudah berkahwin mahu tinggal di rumah sendiri tanpa ada campur tangan orang luar.

Tapi masalah kewangan pula menyebabkan seseorang itu terpaksa menetap semula bersama ibu bapa walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri.

Seorang wanita sudah pening memikirkan hal mak mentua yang sering melepaskan kemarahan kepadanya selepas suaminya memilih untuk tinggal bersama keluarganya.

“Saya suri rumah tangga sepenuh masa dan mempunyai tiga cahaya mata. Usia perkahwinan dengan suami sudah mencecah lapan tahun.

Disebabkan beberapa faktor, saya dan keluarga kecil ini terpaksa menumpang di rumah mentua, sudah masuk tiga tahun.

Saya sering makan hati dengan mentua, apa yang saya buat semua serba tak kena. Kerja rumah semua saya buat.

Baju dia saya basuh, siap lipatkan dan susun untuknya tapi tetap mencari keburukkan saya ini.

Dah banyak kali saya ajak suami pindah tapi dia tetap bagi alasan kewangan tak kukuh.

Sebelum ini saya duduk di rumah sewa tapi disebabkan beberapa perkara, terpaksa tinggal dengan mentua dulu.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya bergaduh dengan mentua. Puncanya daripada salah orang lain tapi dilepaskan marah kepada saya.

Saya hanya diamkan diri dan tak menjawab dan disebabkan itu mentua lari keluar tinggalkan rumahnya sendiri, nampak betapa bencinya dia kepada saya.

Saya nak balik rumah keluarga sendiri tapi suami tak izinkan sebab anak semua masih bersekolah, suami siap pesan pada keluarga saya untuk tak hasut saya balik rumah.

Sedangkan saya terseksa di sini, patut ke saya minta cerai baru boleh pulang semula ke rumah keluarga saya. Saya buntu.”

Baca juga: “Aku terkejut lihat suami termenung dan menangis, bila aku dapat panggilan telefon barulah terbongkar semuanya…”