Zaman sekarang bukan lelaki sahaja jadi biawak hidup, wanita pun ada duduk rumah goyang kaki, bagi alasan tak nak kerja sebab nak jadi suri rumah sepenuhnya.
Tanggungjawab selepas berkahwin tu tak jatuh ke atas satu individu sahaja tetapi memerlukan kerjasama dua pihak.
Seorang lelaki menerusi satu luahan dibuat kepada pengguna X, @pelisahh mengaku kecewa mengahwini isterinya yang dianggap seperti biawak hidup.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku tanya normal ke kalau isteri memang biawak hidup? Aku baru kahwin empat bulan melalui perkahwinan yang diatur dengan anak kawan mak.
Kahwin pun sebab mak berkenan, dia jenis macam muslimah pakai tudung labuh semua. Isteri pula memang tak ada kerja, dia ada diploma tapi tak nak kerja
Bagi aku itu bukan satu masalah sebab aku sebagai suami boleh beri sediakan semua benda, rumah ada, kereta aku bagi dekat dia dan aku hanya menggunakan motorsikal.
Nafkah pula aku bagi 30 peratus dari gaji aku yang sekitar RM2,000 sebulan dan semua barang dapur aku beli sendiri.
Aku kerja shift, empat hari siang, empat hari malam alternate, 12 jam. Lepas balik rumah penat-penat, rumah pula bersepah.
Isteri tak masak, kerja main TikTok dan WhatsApp kawan-kawan dia sepanjang masa. Hari tu pernah tegur dia secara baik, dia tarik muka dengan aku seminggu tak bercakap.
Salah ke untuk aku cakap macam ni? Aku just harap dia tolong kemas rumah sikit, sediakan makan sikit bila aku balik kerja penat, lagipun barang dapur semua dah ada.
Aku pening, sebab aku datang daripada keluarga yang mak bapa aku 50/50 buat kerja rumah, kalau mak balik kerja lambat, abah yang masak.
Dalam keluarga aku sendiri pun, mak memang kerja masak dan sediakan anak-anak pergi sekolah je, kemas rumah basuh tandas, plumbing semua abah buat, dan abah aku doktor pula tu.
Jangkaan aku tinggi sangat ke? Aku dah tawar hati sebab macam kahwin dengan biawak hidup.
Dia tak menyumbang apa-apa dekat perkahwinan ni, dan ini belum aku sebut mengenai hubungan suami isteri.