Bukan senang untuk penagih dadah berubah sepenuhnya namun ramai berjaya disebabkan orang sekeliling yang memberikan sokongan.
Tidak kira lelaki atau wanita, yang penting sokongan keluarga dan sikap positif orang di sekitar mereka boleh menjadi asbab untuk kekal bersih.
Seorang lelaki berkongsi bagaimana kerana satu kesilapan, isterinya minta cerai akibat campur tangan keluarga.
“Aku merupakan ‘bekas penagih’ yang dalam proses untuk berubah ke arah lebih baik.
Tetapi ada ketika aku tewas lebih-lebih lagi dalam mengawal emosi sehingga memberi kesan kepada rumah tangga yang aku baru bina belum sampai setahun usianya.
Aku berkawan dengan isteri aku sudah lama jadi isteri aku sudah tahu segala kisah silam aku keluar masuk penjara.
Pendek kata segala tentang aku dia tahu sehinggalah kami ambil keputusan untuk berkahwin, bermulalah ujian diatas khilafku sendiri..
Sesiapa ada ahli keluarga atau pasangan yang terjebak dalam najis dadah dan sedang dalam proses pemulihan tahu la betapa susahnya untuk melawan diri daripada terjebak semula.
Tambahan pula sukar nak kawal emosi baran ni. Selain dari kekuatan diri sendiri sokongan daripada keluarga dan pasangan amat-amat diperlukan.
Tak sengaja naik tangan
Aku pendek kan cerita, selepas berkahwin isteri aku berubah selalu tarik muka, layanan yang dingin sesekali bila aku tanya apa masalah jawapannya ‘tiada apa’.
Respon seperti itu aku rasa tak puas hati, aku mula hilang kawalan tanpa sengaja aku telah mengasari isteriku.
Demi Allah aku tak berniat untuk berkasar aku sekadar inginkan penjelasan mengapa dia berubah sedemikian rupa..
Untuk pengetahuan semua aku berkahwin dengan janda (anak-anak dah besar) dengan aku merupakan perkahwinannya yang ketiga.
Dua bulan selepas kejadian isteriku minta izin untuk balik ke rumah keluarganya untuk seketika, aku izinkan, aku tak dapat ikut sekali atas tuntutan kerja,
Tak lama selepas untuk aku dapat whatsapp yang sangat mengejutkan isteriku meminta cerai atas alasan sikap panas baran aku dan dia tak boleh terima lagi.
Jauh disudut hati aku masih sayangkan perkahwinan ini dan aku berharap masih diberi peluang untuk aku perbetulkan keadaan, aku benar-benar menyesal,
Aku pernah pergi ke sana untuk berjumpa isteriku untuk memujuk nyakembali kepangkuanku malang nya isteri aku tak mahu berjumpa dengan aku.
Campur tangan keluarga isteri
Isteriku telah bercerita masalah rumah tangga kami dengan keluarganya tentang aku berkasar dengannya.
Oleh kerana aku ‘bekas penagih’ mungkin keluarganya beranggapan kedatangan aku ketika itu untuk membuat kecoh.
Dan mereka memberi amaran kepadaku agar jangan menganggu adik mereka buat sementara jika aku berdegil mereka akan laporkan kepada polis..
Kedatanganku hanyalah ingin menjernihkan keadaan sahaja sebab aku tau semuanya berpunca dari sikap ku yang baran.
Dalam tempoh perkahwinan kami sekali tu sahaja aku bertindak agresif. Demi Allah, aku tak bersedia untuk akhiri perhubungan ini.
Kini kami berjauhan aku pun dah tak dapat berhubung dengan isteriku kerana sudah di block. Aku anggap ini kifarah atas dosa lalu dan aku reda.
Andai panjang jodoh kami akan aku jaga rumah tangga kami sebaik yang mungkin dan aku tak akan mengulangi kesilapan yang lalu.”
Baca juga: “Aku ke orang ke 3? Perempuan simpanan suami siap call maki lagi, tak padan dengan title ustazah..”