Pastinya setiap ketua keluarga akan mencuba sebaik mungkin untuk membahagiakan pasangan dan anak-anak.
Namun tak semua diberikan rezeki yang banyak, ada yang terpaksa bekerja keras demi membahagiakan keluarga.
Buat wanita ini, dia tidak menyangka niat baik suaminya itu akhirnya memberi kesan kepada mereka sekeluarga.
“Saya seorang isteri mempunyai empat cahaya mata, dua perempuan hasil dari perkahwinan pertama dan sepasang hasil perkahwinan kedua.
Suami saya sekrang seorang yang baik dan sangat sayangkan anak anak kami dia pun anggap anak-anak saya macam anak dia sendiri.
Bila ada kawan dia bertanya anak ada berapa? dia akn menjawab dgn bangga ada empat anak, tiga perempuan seorang lelaki.
Saya dengan suami hanya meniaga tepi jalan sahaja bukan selalu dapat untung ada masa kerugian banyak sebab tak habis.
Tapi suami jenis suka bersedakah ada untung ke tak ada untung kalau dia jumpa orang yang susah dia akan tolong bagi duit ke atau bagi makanan yang tak habis.
Suami sangat baik dan penyayang tambah dengan anak-anak kami dia seorang bapa yang baik.
Buat pinjaman dengan ahlong
Yang jadi masalah saya sekarang suami berhutang dengan ahlong tanpa pengetahuan saya dia hutang untuk buat modal meniaga.
Selebihnya dia belanja anak-anak kami beli barang keperluan sekolah dan bawa jalan-jalan. Saya ada bertanya kat dia kat mana duit itu datang tapi dia jawab tak perlu tahu.
Baru-baru ni saya perasan suami tak ada selera makan selalu temenung dan menangis, saya bertanya dengan dia apa sebenarnya masalah dia, dia tak jawab.
Satu hari saya dapat panggilan untuk lunaskan hutang. Saya terus bertanya kat suami kenapa sanggup berhutang !!!
Dia jawab sebab dia dah tak ada pilihan lain nak pinjam kat tempat lain perlukan bermacam-macam dokumen.
Jadi dia terpaksa berhutang sebab kesian dengan saya dan anak-anak, dia tak dapat nak beri kemewahan kepada kami, dia cuma nak kami bahagia.
Sekarang ni saya takut nak tidur malam sebab risaukan anak-anak kami, saya menangis tak henti-henti dengan ujian menimpa diri kami.”