“Aku terlalu hanyut sampai aku tak sedar bekas kekasih mesej isteri, tapi reaksi dia buat aku rasa…”

Oleh MAISARAH AISYA

Jika benar sudah melupakan tak mungkin hanya sekadar tanya khabar dengan bekas kekasih boleh bertukar menjadi satu kecurangan.

Bila sudah berkahwin maka tumpukan sepenuhnya terhadap keluarag dan tidak perlu melayan bekas kekasih.

Seorang lelaki berkongsi mengenai bagaimana dirinya sempat tersedar sebelum hanyut dalam dosa bersama bekas kekasih.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Aku bukan nak luah apa-apa kat sini. Aku nak kisahkan dugaan yang aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni.

Mula-mula nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit hanya cukup-cukup makan.

Aku nak dia dekat dengan aku. Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup untuk sara hidup. Terus terang aku cakap bini aku bijak, cantik dan sempurna bagi aku.

Tapi ya lah, dah godaan syaitan, semua yang haram tu nampak baik. Perempuan-perempuan dekat media sosiaI aku layankan.

Inilah dugaan dan kesilapan terbesar aku. Betul la orang cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik daripada bini yang halal.

Ceritanya tahun kedua perkahwinan aku diuji dengan kehadiran bekas kekasih aku di mana dia seorang wanita yang baik, aurat terjaga bertudung labuh bekerjaya serba serbi ok.

Mula-mula kitorang friend dekat Facebook, mula daripada tu dia selalu like dan komen post, status yang aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada.

Mula-mula aku tak ada la nak fikir apa, tapi dah orang selalu muncul, aku pun layan la. Kitorang jadi rapat balik dan mula berhubung.

Bekas makwe aku ni siap chat bini aku bagitahu pasal hubungan kami, walaupun sebenarnya aku tak ada cakap apa-apa pun dengan dia.

Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu. Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca WhatsApp tu.

Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu.

Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan. Hidup dengan anak bini aku rasa dah jadi macam hambar. Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena.

Aku hampir berputus asa. Nak dikatakan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari-hari duk imamkan bini.

Sampailah satu hari ni selepas je solat jumaat aku terjumpa dengan sorang kawan lama tak sangka dia dah jadi ustaz.

Sembang-sembang sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yang serba tak kena. Free-free aku kena tarbiah tapi alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar.

Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dengan bini aku, mak ayah aku dan keluarga bini aku.

Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dengan dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dengan media sosiaI, chat dengan bekas makwe.

Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri.

Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dengan wanita yang haram buat aku.

Walaupun dia serba serbi ok tapi dah terang-terang dia tahu aku ni suami orang, kenapa nak mulakan dengan add friend, likes dan komen-komen kat fb, dan chat aku?

Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku.

Perwatakan dia baik, aurat terjaga, tapi ni lah yang orang kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yang tarik lelaki ke neraka.

Mata hati aku dikaburi dengan kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba untuk menghancurkan rumah tangga aku.

Aku sangat tersentap dengan ayat kawan aku ni. Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya.

Dia sangat menjaga hubungannya dengan kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosiaI.

Jika dibandingkan dengan bekas kekasih aku yang hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku.

Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yang gatal duk layan juga.

Tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan godaan syaitan lagi-lagi yang bertopengkan wanita baik-baik, siapa tak nak.

Balik rumah tu aku terus peIuk bini aku, beranikan diri bertanya pasal WhatsApp yang aku terbaca daripada bekas makwe aku ke dia.

Bini aku jawab, “Saya jaga hubungan saya dengan Allah, saya yakin Allah jaga hubungan saya dengan awak.

“Saya tahu semua yang awak buat, awak layan perempuan semua saya tahu. Saya cuma berdoa Allah kuatkan hati saya, tak kan buat seperti apa yang awak buat ke saya.

“Saya bersyukur awak imamkan saya hari-hari. Saya bersyukur rezeki kita, anak kita.

“Saya sayang awak, kalau awak jodoh saya, tetap akan jadi jodoh saya. Saya berserah dengan Allah.”

Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yang aku kahwini. Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah.

Balik kampung pun susah. Hulur duit pun kadang-kadang je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku.

Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa-apa, aku susah sangat nak muncul. Senang cerita, memang aku tak gaul sangat dengan family bini aku.

Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua.

“Jaga hubungan kau dengan mak ayah, mentua dan keluarga baru kau. Jangan lupa nafkah mak ayah, mentua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.”

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dengan bini aku.

Dialah teman aku dunia akhirat. Hubungn dengan mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan-lahan.

Alhamdulillah sekarang anak dah dua, rezeki pun meIimpah ruah. Harap-harap korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni.

Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah. Jangan contohi aku. Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku.

Yang belum kahwin, jagalah maruah diri, jangan contohi bekas kekasih aku. Buat kawan aku yang dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh baIas jasa kau kat aku. Sekian.

Baca juga: “Tunang anggap wanita hanya hamba lelaki, lepas putus mak dia tuduh aku yang menjalang”