“Aku tetap teruskan rasa suka walaupun aku tahu dia dah kahwin, aku biar diri disondol suami orang”

Oleh MAISARAH AISYA

Seharusnya semua yang sudah berkahwin perlu ada batas pergaulan dengan jantina berlawanan,

Bukannya bila dah kahwin, ia menjadi tiket untuk menggatal dengan orang lain atas alasan sudah ada pasangan di rumah.

Seorang wanita, Alita (bukan nama sebenar) berkongsi perihal dirinya yang terjatuh hati dengan suami orang namun cuba sebaik mungkin untuk menolak lelaki tersebut.

“Cerita ni terjadi lebih kurang sebulan yang lepas bila seorang laki yang aku kenal selama ni mula buat luahan perasaan dekat aku.

A ialah lelaki yang aku kenal tiga tahun lepas. Kiranya dia ni lelaki yang aku suka, cinta pandang pertama. Tapi cuma masa tu, aku tak tahu yang A dah berkahwin.

Aku tahu A laki orang selepas dia add aku dekat Facebook. Aku pun terima sebab orang yang kita suka kan?

Disebabkan kami satu tempat kerja, aku layan A macam orang lain. Cuma aku hormat kan dia sebab jawatan dia lagi besar dari aku dan dia suami orang.

Walaupun kami suka satu sama lain, tapi aku tak pernah luahkan isi hati aku kat dia sebab aku faham status dia sebagai suami orang dan dia pun sama.

Cuma pada satu hari, terjadi lah kisah yang aku tak ingini terjadi. Atas sebab teguran hai sahaja, si A mula rasa gelisah sebab aku mendekati dia.

Dia jadi gelabah dan mula goda aku kat Instagram dan WhatsApp. Aku balas pun atas alasan hormat aku pada dia dan memang tak lebih daripada tu.

Cuma aku terkejut dengan kebaikan aku kat dia, dia mula ambil kesempatan dengan aku, dan mula melebihi batas. Dia gunakan alasan kesian yang jadi kat dia untuk gunakan aku.

Dia mula pegang tangan aku, cium pipi aku. Benda tu terjadi lepas kenaifan aku untuk tenangkan dia.

Tak sangka si A akan buat benda camtu dekat aku sedangkan aku hormat dia sebagai suami orang. Sejak daripada kejadian tu, si A kerap tanya pasal status kami berdua.

Jujur aku cakap, walaupun aku suka dia, nak rosakkan rumah tangga dia, bukan lah cara aku.

Aku minta dia lupakan aku dan fikir tentang keluarga dia sahaja. Tapi A still tak dapat lupakan aku.

Bila terserempak pun dekat pejabat, aku akan buat macam tak kenal selepas kejadian hari tu. Tapi sampai bila aku nak mengelak, patut ke aku berpindah ke tempat lain”.

Baca juga: “Aku selalu Whatsapp suami jiran sebab dia suka masak, kami jadi rapat sehingga..”