Malaysia Dateline

Akuarium gergasi pecah di Jerman, ribuan ikan tropika mati

Sebuah akuarium gergasi mengandungi 1,500 ikan tropika dilaporkan pecah di Berlin Jumaat lalu sehingga membanjiri lobi hotel dan jalan raya berhampiran.

Jurucakap polis berkata, pihaknya belum dapat mengetahui punca sebenar akuarium AquaDom setinggi 14 meter pecah pada jam 5.50 pagi (waktu tempatan).

“Hampir sejuta liter air dan semua ikan bergelimpangan di tingkat bawah kompleks hotel yang menempatkan akuarium tersebut,” katanya.

Tambahnya, dua orang mengalami kecederaan ringan akibat serpihan kaca dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Manakala lebih 100 anggota kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membersihkan kaca dan serpihan lain yang bertaburan atas lantai.

AquaDom adalah sebuah akuarium silinder yang dibuka pada 2004, merupakan tarikan pelancong yang berkunjung ke Berlin.

Ia terletak di ruang legar di hotel Radisson Blue dan mempunyai lif kaca yang digunakan pengunjung untuk ke kompleks Sea Life.

Aquarium Aquadom yang menempatkan ikan-ikan tersebut digambarkan sebagai tangki silinder terbesar di dunia.

Antara 80 jenis ikan yang ditempatkan di akuarium utama ialah blue tang dan clownfish iaitu dua spesies ikan berwarna-warni yang terkenal dalam filem animasi, Finding Nemo.

Baca Juga: Apartment wakaf Malaysia pertama di Palestin bakal siap Jun tahun depan, manfaat lebih 5,000 penduduk

Baca Juga: Tanah runtuh Batang Kali: 21 mayat dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari