Pelakon yang dikenali kerana wajah tak dimamah usia, Nora Danish mengaku rumah tangga bersama suami, Nedim Nazri sedang dilanda badai.
Bagaimanapun sehingga kini mereka berdua masih mencuba mencari jalan penyelesaian demi anak-anak.
Menurut Harian Metro, Nora menepis dakwaan ada orang ketiga dan mengaku sudah tinggal berasingan.
“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.
“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.
“Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Cari jalan untuk berbaik
Dalam pada itu, Nora mengakui cuba mencari ruang memperbaiki hubungan kerana enggan beri kesan kepada anak-anak.
“Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak.
“Anak-anak okay tetapi yang kecil itu mungkin tidak faham. Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubahsuai.
“Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang,” tambahnya.
Baca juga: Terima banyak komen negatif, Muaz anggap jarak usia 16 tahun dengan isteri bukan isu besar