Al-Jazeera tidak berlaku adil punca Najib berang keluar daripada wawancara

Al-Jazeera tidak berlaku adil punca Najib berang keluar daripada wawancara

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau meninggalkan sesi wawancara dengan media antarabangsa Al-Jazeera kerana mereka tidak berlaku adil kepadanya dan tidak berpegang pada skop wawancara yang dipersetujui.

Beliau yang menulis di laman Facebook sejurus selepas wawancara disiarkan, Najib berkata walaupun tempoh dan skop wawancara oleh wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley telah melampaui apa yang telah dipersetujui, dia masih menjawab soalan-soalan tambahan yang ditimbulkannya.

Beliau berkata, Jolley, yang sebelum ini bertanggungjawab atas program pembunuhan Altantuya Shaariibuu, bertekad untuk menyoal soalan mengenai kes itu walaupun penafiannya dan prosiding mahkamah yang menyeluruh mengenai perkara itu.

“Hanya dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telah membuat laporan polis untuk meminta pihak berkuasa untuk menyiasat semula kes supaya nama saya dapat dibersihkan.”katanya.

Najib, turut memaparkan pautan wawancara Al Jazeera, berkata walaupun beliau telah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB meskipun mereka tidak menjadi sebahagian daripada skop wawancara yang dipersetujui, Jolley menolak untuk kembali kepada topik asal mengenai legasinya dan isu ekonomi.

“Sebenarnya, dia terus menekan tentang isu-isu Altantuya dan 1MDB yang sedang melalui proses mahkamah dan mengganggu saya semasa saya menjawab, dan juga beberapa kali, cuba menghubungkan Jho Low kepada saya walaupun saya telah menjawab mengenai peranan Jho Low pada permulaan wawancara,” terangnya.

Najib berkata beliau membuat keputusan untuk menamatkan temubual itu kerana dia tidak mahu stesen TV itu ‘¬†memfitnah¬†‘ mengenai dua isu yang telah dijelaskan dan dijawabnya beberapa kali sebelum ini.

“Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan.

“Saya dimaklumkan bahawa Al-Jazeera cuba mengatur wawancara lain supaya matlamat kedua-dua pihak dapat dipenuhi.”

Semalam, Najib meminta maaf kepada Al Jazeera kerana gagal mengawal situasi dalam wawancara selama sejam itu.