Malaysia Dateline

Minah saleh ini kata nasi lemak Singapura lagi sedap dari Malaysia, tapi lain pula rupa dia

Nasi lemak boleh dikatakan makanan tradisi rakyat Malaysia. Tidak kira pagi, siang, atau malam, nasi lemak antara makanan pilihan yang paling disukai orang kita.

Baru-baru ini, TikTok seorang minah salleh dari British yang menggunakan nama @CeCeCourtney mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas memuat naik video nasi lemak yang dijual di Singapura.

Dalam kapsyen yang ditulis, wanita berkenaan berkata nasi lemak Singapura lebih sedap dari nasi lemak Malaysia.

Tapi apa yang menarik perhatian, rupa nasi lemak dalam video yang ditunjukkan tidak sama langsung dengan nasi lemak di negara kita.

Ia terlihat seperti nasi campur yang berlaukkan ayam, nasi putih, kuah kari dan sayur.

Video tersebut menarik perhatian rakyat Malaysia yang rata-rata terhibur kerana nasi berlauk itu jauh beza dengan nasi lemak sebenar.

Mereka juga menganggap wanita berkenaan hanya bergurau semata-mata memandangkan dia menulis ‘komedi’ pada ruangan kapsyen tersebut.

Mereka juga sempat berseloroh dan meninggalkan komen bertanya di mana sambal dan telur rebus.