Kenalilah pasangan sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam perkahwinan, jangan sebab isu kecil sahaja tukar status isteri kepada janda.
Jika pergi ke mahkamah pastinya kita akan mendengar alasan paling tidak logik untuk bercerai, kadangkala semua bermula dari isu pergaduhan kecil sahaja.
Menurut portal Gulf, soerang lelaki dikatakan menuntu cerai dan menjadikan alasan isterinya terlalu obses dengan buah zaitun.
Kisah tersebut diceritakan semula oleh seorang peguam, Abdulaziz Al Yahya menerusi platform X.
Al Yahya memaklumkan terdapat beberapa faktor lain lelalki itu menuntut cerai namun menjadikan isu isterinya terlalu suka akan buah zaitun sebagai penentu untuk bercerai.
Seperti yang dinyatakan dalam tuntutan mahkamah, lelaki tersebut menjelaskan sebab mengapa dia tidak mampu meneruskan perkahwinan tersebut.
Menurut lelaki itu alasan dia tidak menyukai buah zaitun adalah kerana baunya dan isterinya pula sering memakan buah tersebut.
Walaupun sudah cuba untuk menangani isu itu namun mereka tetap tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Keengganan isterinya untuk mengalah akhirnya menyebabkan si suami memfailkan tuntutan mahkamah termasuk bagi menuntut ganti rugi akibat cita rasa masakan isterinya.