Albania perlu perhatian segera negara Islam dan dunia

Albania perlu perhatian segera negara Islam dan dunia
Perdana Menteri Albania Edi Rama.- Foto Reuters

ULASAN: Albania, di antara negeri yang paling miskin di Uropah, telah di landa gempa bumi yang telah mengakibatkan kematian begitu ramai dan kerosakan yang meluas beberapa hari yang lepas. Perdana Menterinya, Edi Rama, telah memohon rakyatnya sabar bertenang menghadapi bencana tersebut sambil beliau merayu untuk bantuan dari Negara negara Uropah yang dekat dan perhatian dunia.

Jiran jiran terdekat Albania, seperti Macedonia dan Bosnia, bukan lah negara yang maju dan kaya yang bolih menghulur banyak bantuan yang di perlukan.

Albania terpaksa merayu bantuan peralatan penyelamat canggih serta pasukan penyelamat dari negara Uropah Barat untuk mengatasi saat-saat cemas mencari mereka yang tertimbus. Sebagai negara yang miskin keupayaan pasukan dari rakyat Albania sendiri sangat terhad. Beberapa anak kecil dan orang dewasa telah berjaya di keluarkan dari runtuhan bangunan dengan tindakan bersegera pasukan penyelamat asing yang baru sampai.

Nasib rakyat Albania, yang majoriti besarnya Islam, di tengah tengah benua Uropah yang di dominasi olih masyarakat bukan Islam yang terpengaruh oleh Islamophobia, bukanlah dalam situasi yang baik atau selesa..

Di samping bantuan kecemasan segera, Albania juga perlu bantuan dan jalinan ekonomi jangka masa panjang untuk membina semula negara yang runtuh serta ekonomi yang lemah.

Bukan hanya bangunan yang musnah perlu di bina semula, banyak bangunan sedia ada di Albania tidak di bina mengikut kaedah peraturan undang undang kerajaan tempatan yang baik dan keadaan strukturnya tidak berupaya bertahan apabila berlaku gempa bumi. Undang undang bangunan lama yang di warisi dari kerajaan komunis yang lama pada tahun sembilan belas lapan puluhan dahulu banyak kelemahannya yang perlu di kaji balek.

Adalah di harapkan dengan semangat tulin persaudaraan Islam Negara negara kaya minyak Arab Timur Tengah dan juga dari negara OIC lain akan memberi pertimbangan untuk membantu ekonomi Albania bangkit semula dan berkembang pesat.

Sudah sampai masanya negara negara Islam meninggalkan medan persengketaan sesama sendiri dan lebih prihatin akan nasib saudara sesama Islam yang kurang bernasib baik.

Rezeki Allah yang melimpah ruah dari hasil minyak dan gas sepatutnya di salurkan ke arah usha yang lebih positif membela dan membina hidup umat Islam di seluruh dunia.

Tangisan rakyat Albania hari ini memerlukan pembelaan dari kita semua.
Marilah kita menyumbang ke arah kebaikan membina semula rutuhan Albania bagi membangkitkan semangat persaudaraan sesama Islam seperti di tuntut dalam Al Quran.

*Penulis adalah  Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH.