Alibaba buka pejabat di Malaysia

Alibaba buka pejabat di Malaysia

Usahawan terkenal China Jack Ma hari ini merasmikan pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur yang akan menjadi Platform Dagangan Elektronik Dunia (eWTP) pertama Alibaba di luar China.

Majlis Perasmian pejabat Alibaba yang bertempat di Menara UOA Bangsar South turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guang Eng dan Menteri Komunikasi Multimedia Gobind Singh Deo.

Turut bersama Duta Republik Rakyat China di Malaysia Mr Bai Tian dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia Datuk Yasmin Mahmoud.

Terdahulu, Jack Ma mengadakan kunjungan hormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
di Putrajaya kira-kira jam 9 pagi ini.

Beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan Ma berhasrat berjumpa Dr Mahathir
awal bulan ini namun perdana menteri itu perlu menumpukan pada pentadbiran kerajaan terlebih dahulu.

Kerajaan ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ekonomi digital.

Alibaba juga mempunyai kepentingan dalam Zon Dagang Bebas Digital (DFTZ), yang dilihat sebagai projek infrastruktur yang bertujuang meningkatkan sektor e-dagang dalam negara.

Kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah mengumumkan mengkaji
semula pelbagai projek mega yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya.

Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan DFTZ sebagai idea yang baik dan berkata akan meneruskan projek berkenaan.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote