Alif Satar beli payung Rolls Royce berharga RM5,000, tapi lain pula komen netizen gara-gara Alif terlalu humble

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar membeli sekaki payung yang bernilai RM5,000 dari jenama mewah terkenal iaitu Rolls Royce.

Ketika majlis pelancaran kereta elektrik pertama Rolls-Royce di Malaysia, aksi Alif yang teruja kerana dapat membeli koleksi payung dari jenama mewah itu menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh usahawan Asyraf Khalid di laman TikTok miliknya (@tunasyrafkhalid), Alif ketika itu dilihat sedang membuka bungkusan payung oren yang baru dibelinya.

Apa yang menarik perhatian, aksi Alif yang merendah diri membuatkan warganet membuat spekulasi bahawa Alif sebenarnya membeli sebuah kereta dan payung tersebut telah diberi secara percuma.

“Inilah Rolls-Royce yang aku mampu beli sekarang,” katanya.

@tunasyrafkhalid

@alifsatar beli payung RM 5000? Steady broo

♬ Cornfield Chase – Hans Zimmer

Sebagai info, payung tersebut sebenarnya akan diberi secara percuma kepada mereka yang membeli kereta dari Rolls-Royce dan mempunyai ruangan simpanannya tersendiri di dalam kenderaan.

Payung tersebut juga dijual secara berasingan kepada mana-mana pihak yang meminati jenama mewah berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pelatun lagu Anugerah Terindah itu sangat merendah diri walaupun sebenarnya mampu membeli kereta daripada jenama tersebut.

“Hmm, Alif Satar tu kaya tu tapi humble. Takkan payung je, kereta tu pun boleh beli sekali,” komen pengguna TikTok.

“Kiasan tu. Sebenarnya dia beli kereta dapat payung percuma,” komen pula yang lain.

Baca juga: Bakal isteri terlanjur dengan lelaki lain, pemuda menderita dipaksa jadi pak sanggup