Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kembali menjadi sorotan selepas perbualan dan gambar mesranya bersama aktor baharu iaitu Muaz Zabir tersebar luas di media sosial.
Tampil menepis spekulasi, wanita berusia 30 tahun itu mengakui bahawa hubungan yang terjalin antaranya dengan Muaz hanyalah rekaan agar suaminya iaitu pelakon, Aliff Aziz cemburu.
Pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu menjelaskan, kejadian tersebut berlaku tahun lalu setelah Aliff curang dengan dua orang wanita lain termasuk adik kandung Bella, lapor Mstar.
“Saya faham, perkara ini berlaku secara mendadak tetapi netizen sendiri boleh fikir, esok adalah sebutan kes penceraian saya. Mengapa sekarang? Sebenarnya perkara itu berlaku tahun lepas.
“la sudah lama dan niat saya hanya untuk buat suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan yang mengenali tahu bagaimana saya sayangkan Aliff. Jadinya, saya gunakan seseorang untuk buat dia cemburu.
“Sebab ketika itu, dia berlaku curang bersama dua wanita lain yang tak perlu saya sebut namanya. Saya mahukan perhatian dia. Dengan cara itu, saya harap dia beri perhatian dan merasa cemburu,” kata Bella memetik Mstar.
Bella mengakui tindakannya untuk membuat Aliff cemburu merupakan satu kesilapan dan tidak menafikan dirinya hanya manusia biasa yang memiliki banyak kekurangan.
Menurut penyanyi kelahiran Sabah itu, insiden berkenaan diketahui kedua-dua belah keluarga termasuk mentua namun mereka memutuskan untuk melupakannya setelah pasangan suami isteri tersebut berbaik semula.
Semenjak kejadian tersebut, Aliff turut menunjukkan perubahan yang ketara di dalam perhubungan di mana lelaki itu lebih menghargai Bella sebagai isteri dan ibu kepada dua anak mereka.
“Budak lelaki ini (Muaz) baik. Apabila kita merasa tidak dihargai dan dilayan macam sampah, ada pula seseorang memberi perhatian. Saya akui diri manusia biasa. Ini kesilapan pertama saya selama 10 tahun bersama Aliff.
“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh ahli keluarga. Bukan sahaja keluarga saya tetapi keluarga mentua di Singapura. Kami sudah bermaaf-maafan dan sempat bercuti di Pulau Pinang selepas itu.
“Aliff pun sudah tutup kes dan beritahu masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu, saya nampak dia lebih menghargai. Saya ada fikir perlakuan itu salah dan bertaubat. Ini kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” ulasnya.
Namun malangnya, Bella mendakwa Aliff kembali mengabaikannya selepas terlibat dalam penggambaran drama Terjerat bersama pelakon yang ditangkap khalwat dengannya iaitu Ruhainies.
Bella juga percaya Ruhainies hanya menggunakan Aliff memandangkan segala bukti kesilapannya (bersama Muaz) dahulu hanya disimpan oleh penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu.
“Bila Aliff mula penggambaran dengan Ruhainies, dia tukar kata laluan. Jadi mungkin mereka nak tutup kes khalwat itu. Mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.
“Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff tahu apa (bukti) yang saya ada mengenai mereka. Gambar-gambar yang tersebar ini hanya Aliff yang ada (simpan).
“Orang marah cakap saya bodoh. Tetapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga ini. Saya mahu anak-anak ada ibu bapa yang lengkap, jadi pilih untuk berkorban.” Jelasnya.
Mendedahkan kecurangan suami yang pernah berlaku 11 kali, Bella turut menyesali keputusannya ‘membuang’ adik iaitu Eriqa Astillah selepas saudara kandungnya itu menjalinkan hubungan dengan Aliff.
Baca juga: Anggap semua ujian, Bella Astillah tak pernah salahkan takdir