Pelakon Aliff Aziz sekali lagi menyita perhatian apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara.
Sebelum ini Aliff pernah terpalit kontroversi curang bersama pelakon wanita lain hingga isterinya, Bella Astillah pernah memfailkan penceraian.
Harian Metro melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum Aliff buka pintu.
3 jam tunggu buka pintu
Aliff dikatakan hanya membuka pintu selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan beri kerjasama.
Pihak Jawi dan bomba terpaksa menunggu hampir tiga jam untuk pasangan tersebut membuka pintu.
Didi sahkan abang ipar ditahan
Terbaru, penyanyi Didi Astillah mengesahkan kejadian tersebut selepas menemani kakaknya ke pejabat Jawi.
Bella hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit lapor Kosmo! Online.
“Bagi pihak Bella, saya tak mahu beri sebarang kenyataan berhubung isu ini.
“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.
“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka,” katanya.
Bella hanya mampu mengesat air mata
Masih terkesan, Bella enggan beri kenyataan berhubung isu suaminya dan hanya mengesat air mata.
Sebelum ini media melaporkan artis berstatus suami orang ditangkap bersama pelakon wanita selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Menurut sumber, pasangan selebriti yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
Baca juga: “Tiada lagi nama Aman Graseka dan isteri dia dalam hidup kami” – Sharifah Shahirah