Malaysia Dateline

Aliff Azizi harumkan nama negara sukan Muaythai dunia di Thailand

Muhammad Alif Mohd Azizi,14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar, Pulau Pinang berjaya mengharumkan nama negara apabila telah berjaya menjadi juara dunia bagi kategori Amatur 45 Kilogram di Kejohanan Muaythai Dunia (WMF) kali ke 16 yang telah diadakan di Bangkok pada Sabtu.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Persatuan Muay Pulau Pinang, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri.

Menurut Izad lagi, Muhammad Alif tidak menghadapi masalah apabila berjaya menewaskan lawannya dari Uzbekistan dalam dua set pertarungan.

Katanya lagi, dengan kemenangan yang berjaya dicapai oleh Muhammad Alif, ia memberikan kemenangan emas ke 3 negara.

“Seramai 9 atlit remaja Muay negara kini sedang berada di Bangkok sempena kejohanan WMF yang bermula pada 12 hingga 20 Mac.

“Lebih 50 buah negara bertanding pada kejohanan yang berprestij kali ini.

“Kesemua 9 atlit negara berusia antara 14 hingga 18 tahun dan bertanding dalam 9 kategori masing-masing, ” ujar beliau.

Jelas Izad lagi, sehingga semalam kontingen negara telah berjaya merangkul 3 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa.

Malah katanya, adalah dijangkakan negara mampu untuk merangkul 3 lagi pingat emas dan 1 perak dalam kejohanan esok.

Beliau yang juga merupakan Penolong Pengurus Pasukan Muay Malaysia turut berkata, abang kepada Muhammad Alif iaitu Muhammad Adam (17 tahun) akan turut bertarung bagi kategori remaja 57 Kilogram pada perlawanan akhir esok.

Barisan kontijen negara yang menyertai sukan Muaythai dalam WMF di Bangkok.