Ahli perniagaan sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.
Melibatkan wang puluhan juta ringgit, Aliff menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang kepadanya.
Tiada maklum balas sehingga hari ini, Aliff mendakwa individu berkenaan tidak pernah menjawab panggilan telefonnya.
Malah, pesanan mesej yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp juga turut diabaikan oleh bekas menteri asal Kedah itu.
“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya Whatsapp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.
“Tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja. Orang Langkawi mesti kenal dia. Hartawan satu Malaysia,” katanya.
Mendedahkan gambar individu berkenaan, Aliff Syukri berkongsi kenyataan tersebut menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Tan Sri yang dimaksudkan Aliff adalah seorang bekas Menteri dari Kedah yang kini bergelar usahawan berjaya.
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati ramai pengikut Aliff Syukri mengenali individu yang didakwa memiliki hotel di Langkawi, Kedah itu.
“Kenal Tan Sri ini sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun bersebab,” kata seorang pengguna.
“Saya tidak akan halal dunia dan akhirat, duit gaji saya.” Kongsi pekerja lain yang mendakwa Tan Sri itu tidak membayar gaji sejak pandemik Covid-19 lalu.
Baca juga: Dirawat di Unit Rawatan Jantung, Abdul Hadi didakwa hanya mengalami demam?