Usahawan kontroversi, Aliff Syukri menimbulkan rasa kurang senang ramai selepas memuat naik hantaran Facebook yang mengutuk seorang calon yang hadir untuk temuduga.
Aliff yang sedang mencari seorang hos TikTok, mengatakan bahawa calon temuduga yang hadir semuanya ‘hauk’ dan tidak mempunyai rupa paras yang cantik.
Aliff berkata, dia mahukan wanita yang cantik, dan pandai bercakap untuk bekerja dengannya
“Yang datang temuduga kerja, semuanya muka seposen, cukup pakej muka hauk dengan tak lawa.
“Saya menyeru yang cantik sekarang ni yang nak bekerja sebagai hos TikTok sepenuh masa,” katanya.
Namun, kenyataan ditulis anak Bonda Rozita itu dikecam warganet kerana menghina orang lain tanpa mempertimbangkan sensitiviti.
Selain itu, mereka juga menggambarkan Aliff sebagai seorang yang bercakap tanpa mengambil kira batas-batas yang sepatutnya.
Aliff turut disindir kerana sebelum itu dia ada memuat naik iklan kerja kosong dengan mengatakan Individu yang tidak cantik pun boleh memohon kerja itu.