Alih perhatian anak dari gajet, ibu bapa banyak bertanya boleh latih anak lebih bijak buat keputusan

Oleh KIM SYAZIE

Anak-anak yang suka dengan gajet ini, kita kena bantu dirinya untuk mengalihkan perhatian kepada aktiviti fizikal. Ini 8 cara nak tingkatkan kecerdasan otak anak semasa hujung minggu.

1. Pastikan di sekeliling anak penuh media cetak seperti buku cerita, poster, flashcard dan majalah kanak-kanak.

2. Jadi tauladan pada anak bahawa mak ayahnya pun gemar membaca buku dan ceritakan mengapa kalian amat menikmatinya.

3. Banyaklah berinteraksi dengan anak ketika membacakan cerita.

4. Pilih cerita kanak-kanak yang singkat supaya fokusnya tetap tinggi.

5. Tanyakan soalan pada poin penting, terutama persoalan “mengapa” dan “kenapa” sesuatu hal itu terjadi. Latih anak untuk mengembangkan cara berfikir dan ekspresi diri.

6. Pilih satu objek atau orang yang berada di sekitar anak, kemudian minta anak ceritakan sebagai contoh, “jika aku sebatang pensel.”

Latih daya kreativiti anak tentang objek di sekeliling dan menambah pengetahuan penggunaan serta fungsi objek tersebut.

7. Bimbing anak untuk bangunkan mini perpustakaan sendiri. Mintalah ia rajin mengumpul buku dan bahan bacaan. Kemudian susun di rak kesukaannya.

Bantu anak menuliskan judul dan pengarang buku pada kad indeks, kemudian tampal kad tersebut di dalam buku. Sesiapa nak pinjam buku tersebut, kena bagi ‘remarks’ sebagai pencapaian buat anak-anak.

Beri hadiah pada pencapaian anak

Jika anak dah capai bacaan 10 buku seminggu, kalian berilah hadiah sebagai meraikan pencapaian mereka.

8. Luangkan masa untuk berbicara dengan anak setiap hari. Mulakan dengan soalan, “Adik rasa, hari ini adik nak pergi mana?”, ” Apa ye yang sedap kita makan musim-musim panas ni.”

Tanyakan soalan untuk melatih dirinya buat keputusan. Elakkan terus nak tanya tentang apa yang terjadi di sekolah.

Semoga dengan tip ini dapat memberikan idea dan manfaat untuk ibu bapa fokus dan beri perhatian sewajarnya pada anak-anak.

Moga bermanfaat ya. Jangan lupa, like, comment dan share ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah,
Ibu bapa adalah role terbaik untuk anak-anak.