Malaysia Dateline

Aliran trafik di lebuhraya mula perlahan tengahari ini

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama mula perlahan akibat pertambahan jumlah kenderaan setakat tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata aliran trafik bergerak perlahan di Changkat Jering ke Bukit Berapit, kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Perak menuju ke Terowong Menora dan Hentian Simpang Pulai ke Gopeng.

“Trafik juga perlahan di Sungai Petani Selatan ke Bertam susulan kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM 14.6,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur masih lancar.

“Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter www.twitter.com/llminfotrafik.