Satu rakaman menyayat hati memaparkan seorang bapa yang ditinggalkan oleh anak lelakinya tular di media sosial baru-baru ini.
Tidak lagi berdaya, sang bapa hanya ditinggalkan terkontang-kanting di sebuah pos pengawal kediaman anak perempuannya.
Perasaan kecewa yang terbuku di hati, warga emas itu hanya diam membisu di kerusi pos tersebut sebelum dijemput anak gadisnya.
Difahamkan, warga emas itu tidak lagi mampu berjalan kerana menghidapi penyakit strok dan perlu memakai lampin pakai buang.
Wanita iaitu anak gadis lelaki tua itu hanya mengetahui insiden tersebut setelah diberitahu oleh pengawal keselamatan.
Langsung tidak menghormati insan bergelar ayah, wanita itu terkejut apabila abangnya sanggup meninggalkan bapanya sedemikian rupa.
“Kau buang ayah macam ini je? Mana iman korang? Mana otak waras korang? Naik atas bincang letak baik-baik ayah kat rumah aku. Bukan campak macam ni.
“Ni orang tua kita, yang lahirkan kita. Yang jaga kita sampai dah besar panjang. Tapi ni korang balas jasa ayah? Allahuakbar! Akhir zaman,” luah wanita itu.
Menerusi hantaran itu, wanita terbabit merupakan satu-satunya anak gadis dalam keluarga selain mempunyai tiga adik beradik lelaki lain.
Tujuannya membuat hantaran itu adalah untuk memberi pengajaran kepada penonton untuk menghargai ibu bapa.
Baca juga: Baju Melayu apa ni Aliff Syukri
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio