Malaysia Dateline

Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din layak digelar Murabbi Ummah

Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pemergian Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz merupakan kehilangan besar kepada negara.

Ujar Sofi, ini kerana Almarhum merupakan seorang ulama tersohor yang tinggi ilmu serta murabbi ummah yang bukan sahaja berjasa kepada pendidikan ilmu di Malaysia tetapi juga di luar negara

Tambah beliau, Almarhum banyak berjasa, beliau penah menjadi Imam Besar Masjid Negara, Penasihat Agama DYMM Yang Dipertuan Agong dan memegang banyak jawatan lain.

“Sukar dicari ganti kerana berkhidmat mendidik ummah hingga ke akhir hayat beliau.

“Penyampaian ilmu beliau secara lembut, berhikmah dan penuh analogi serta sarat dengan dalil disenangi oleh ummah dan mudah difahami,” kata Exco Exco Kerjaraya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Negeri Melaka dan Timbalan Pengerusi MAIM itu.

Kata beliau, Almarhum layak digelar Murabbi Ummah yang tidak pernah kenal penat dan lelah mentarbiyah ummah.