Malaysia Dateline

Amal Relief Malaysia teruskan Program Koleksi Bolasepak Antarabangsa

Amal Relief Malaysia (ARM) akan meneruskan penganjuran Program Koleksi Bolasepak Antarabangsa dengan Shan Entertainment pada 2019.

ARM telah menganjurkan program sama yang dirasmikan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Taufiq Abdul Ghani yang diadakan selama tiga hari,  bermula pada 19 November  dan berakhir hari ini.

Sebanyak lebih kurang 10 koleksi jersi bolasepak antarabangsa dipamerkan seperti Arsenal dan Brazil dan bola yang dipamerkan untuk  perlawanan bolasepak antarabangsa.

Selain itu turut dipamerkan dalam acara tiga hari itu ialah barangan daripada filem Hollyword seperti pedang dari filem Lord of The Ring.

ARM adalah sebuah NGO berdaftar ditubuhkan sejak 2015 banyak menjalan kerja kesukarelawan. ARM pernah terlibat dalam misi bantuan bencana dan kemanusian di Lombok dan dalam perancangan ke Palu.

Pengerusi ARM, Mohd Sufian Ibrahim berkata, persatuan mengalu-alukan penaja untuk menyumbang kepada program Koleksi Bolasepak Antarabangsa bagi tahun akan datang.

“Kita dalam merancang untuk menganjurkan program teaser dan akan mengadakan program yang besar pada 2019 akan datang.

“Dalam program ini juga kita ada produk dipamerkan dan sasaran adalah untuk golongan B40 bekerjasama dengan syarikat pengeluar produk. Produk  ini akan dipasarkan melalu Koperasi Arif Berhad.

“Produk akan dipasarkan menerusi Koperasi Arif seperti minyak wangi dan sabun pakaian.

“ARM juga mengalu-alukan penaja untuk menyumbang dalam program  yang akan kita anjurkan selepas ini dibeberapa lokasi yang akan kita maklumkan kemudian,” ujarnya.

Bagi peminat sukan dan filem boleh mendapatkan maklumat lanjut program seterusnya di page Amal Relief Malaysia dan instagram Football Movie Zone.