Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Amalan meraikan kepelbagaian budaya perlu dikekalkan, kata Adun Permatang Pasir

Amalan meraikan kepelbagaian budaya perlu dikekalkan, kata Adun Permatang Pasir

Oleh MOHD ALI HASHIMJanuary 26, 2020 10:16 am




Antara masyarakat Cina di Pekan Permatang Pauh yang menerima sumbangan daripada Faiz.

Demi meraikan masyarakat keturunan Cina yang menyambut Tahun Baru Cina, Adun Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil, tidak pernah jemu atau merasa bosan dalam menyantuni masyarakat tersebut.

Beliau bukan saja meraikan golongan tua dan dewasa malah anak-anak dan mereka yang kurang bernasib baik dan orang kurang upaya.

Bermula dengan menziarahi mereka yang memerlukan di kawasan Taman Penanti dan Kampung Cross Street, beliau turut menyantuni mereka yang berada di sekitar kawasan Penanti, Sama Gagah dan juga Pekan Permatang Pauh.

Menurut Faiz lagi, meraikan pelbagai golongan masyarakat yang akan meraikan hari kebesaran mereka membuktikan sikap peduli dan prihatin yang ada pada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Faiz bersama penduduk di Taman Penanti, Dun Permatang Pasir selepas majlis meraikan mereka sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

“Hormat menghormati antara satu sama lain merupakan suatu perkara yang amat mahal dan harus dipertahankan.

“Kemananan dan kesepakatan yang ada telah berjaya menjadikan negara ini sebagal salah sebuah acuan yang baik dalam kehidupan masyarakat majmuk.

“Melalui kesepaduan inilah kita telah berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan membawa negara ini ke satu persada yang sukar dibolos oleh anasir jahat bagi memecahkan tembok kekuatan sedia ada,” jelas Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional itu.

Tambah Faiz lagi, meraikan kepelbagaian budaya adalah suatu amalan yang telah lama menjadi lumrah dan harus dikekalkan di samping hormat-menghormati antara satu sama lain.

Ujarnya, semua rakyat dalam negara ini harus mengutamakan keamanan dan kedamaian yang mampu menjadikan negara ini sebagai model dan contoh kepada kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.

Yang harus diutamakan kata beliau, negara ini harus dipertahankan oleh semua golongan masyarakat dan juga bangsa dari segala anasir jahat yang cuba untuk memecahbelahkan kedamaian sedia ada.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production