Malaysia Dateline

Amalkan etika batuk dan bersin, pesan Menteri Kesihatan

Berdasarkan penemuan kajian yang dijalankan, pakar mendapati kaedah transmisi koronavirus ini adalah melalui titisan (droplets).

Justeru, langkah paling berkesan bagi menangani penularan virus ini adalah dengan sentiasa mengamalkan ‘Etika Batuk & Bersin’ bagi mengelakkan potensi penularan wabak koronavirus ini dalam kalangan orang di sekeliling.

“Ayuh ambil serius saranan ini dan jadikan ia amalan seharian! InsyaAllah dengan pendekatan yang proaktif dan mengambil sikap berjaga-jaga, mudah-mudahan kita dapat membendung penularan wabak 2019-nCoV koronavirus ini secara bersama-sama,” tulis Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di status facebooknya pagi ini.

Bagi mengekang penularan jangkitan koronavirus di hospital, orang ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Golongan ini termasuklah kanak-kanak, warga emas 65 tahun ke atas, pesakit kronik, pesakit dengan daya tahan badan yang rendah dan wanita hamil.

Jika golongan ini perlu hadir ke hospital mereka dinasihatkan mengamalkan penjagaan kesihatan diri iaitu

1. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

2. Basuh tangan dgn kerap menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat atau guna hand sanitizer.

3. Elakkan drpd mendekati mrk yg mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan spt batuk dan selesema.

4. Amalkan etika batu (rujuk infografik)

5. Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, sila pakai penutup hidung dan mulut serta kekalkan jarak yang selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang lain di sekeliling.