Malaysia Dateline

AMANAH adalah parti masa depan

AMANAH adalah sebuah parti masa depan dan majoriti ahli AMANAH telah melalui didikan mahupun tarbiyah yang lama dan baik di ‘Universiti Pas’.

Walau bagaimana pun majoriti ahli AMANAH tersebut merupakan kumpulan yang berfikiran sederhana mengenai politik Islam dan juga praktikal.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria, praktikal tersebut adalah logik dan bijaksana.

“Oleh kerana mereka merupakan kumpulan sederhana atau ‘moderate’ dan praktikal, maka mereka sanggup untuk bermufarakah dari ‘Universiti Pas’ yang ekstrim setelah ia memperlihatkan doktrin ‘parti itu semacam setaraf agama’.

“Golongan yang menentang parti mereka akan dianggap sebagai munafik dan menentang Islam dan mereka yakin bahawa mereka adalah golongan terpilih yang juga satu naratif karaktor sebagai penyelamat ummah dan dunia.

” Politik praktikal dan ‘moderate’ berasaskan Islam ini merupakan satu ciri penting AMANAH. Sekiranya AMANAH berjaya mengekalkan ciri ini sebagai tunjang perjuangan nescaya AMANAH akan bersinar sebagai parti masa depan,” ujar beliau ketika dihubungi.